83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

08 February 2021                               Analisis Sesi Petang

 

Pound kekal kukuh susulan tinjauan dari BoE.

Semasa sesi Asia lewat, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan mata wang lain telah meningkat susulan dengan keputusan dasar kewangan dari bank pusat England (BoE) pada minggu lalu. BoE telah mengekalkan dasar kewangannya dengan tidak berubah seperti yang dijangkakan dan menurunkan ramalan pertumbuhan Q1 2021 untuk Britain. Namun, pasaran teruja dengan petunjuk bank bahawa ia tidak memberi isyarat mengenai kadar faedah yang negatif. Gabenor BoE Andrew Bailey telah menolak spekulasi pasaran mengenai penurunan kadar faedah ke tahap negatif untuk masa yang terdekat. Beliau menekankan bahawa mereka masih mengkaji pendekatan tersebut dan ia tidak akan dilaksanakan selama 6 bulan akan datang. Pada masa yang sama, pasaran juga positif terhadap pelancaran vaksin di negara di mana kejayaan dalam pelancaran vaksin di UK dapat membawa kepada tahun separuh kedua yang lebih cerah. Pada masa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.03% kepada 1.3728.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya dan melonjak sebanyak 0.47% kepada $ 57.30 setong semasa penulisan berikutan dengan pemotongan bekalan di kalangan pengeluar utama. Janji Arab Saudi untuk pemotongan bekalan tambahan pada bulan Februari dan Mac dan pengurangan oleh anggota OPEC yang lain dan sekutunya, termasuk Rusia, telah membantu dalam mengimbangi pasaran global dan mengetatkan bekalan global. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.06% kepada $ 1811.88 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar yang berterusan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 90.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 92.00, 93.00

Tahap sokongan: 90.90, 90.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3745. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3555.

 

Tahap rintangan: 1.3745, 1.3895

Tahap sokongan: 1.3555, 1.3440

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2055. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.1905.

 

Tahap rintangan: 1.2055, 1.2180

Tahap sokongan: 1.1905, 1.1770

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 105.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 105.15.

 

Tahap rintangan: 105.70, 106.10

Tahap sokongan: 105.15, 104.50

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7655. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7785.

 

Tahap rintangan: 0.7785, 0.7885

Tahap sokongan: 0.7655, 0.7555

 

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.7235.

 

Tahap rintangan: 0.7235, 0.7310

Tahap sokongan: 0.7110, 0.7010

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2830. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2665.

 

Tahap rintangan: 1.2830, 1.2955

Tahap sokongan: 1.2665, 1.2540

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9000. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8920.

 

Tahap rintangan: 0.9000, 0.9090

Tahap sokongan: 0.8920, 0.8840

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 57.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 56.00.

 

Tahap rintangan: 57.55, 59.55

Tahap sokongan: 56.00, 53.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1815.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1815.15, 1859.30

Tahap sokongan: 1769.75, 1737.95