09 February 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar mengalami tekanan berikutan keraguan terhadap pemulihan AS.
Semasa akhir sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh ke tahap terendah dalam seminggu susulan dengan pasaran mula ragu-ragu pada pemulihan ekonomi AS yang cepat dari COVID-19. Dari segi rangsangan AS, pakej bantuan Covid-19 yang bernilai AS $ 1.9 trilion oleh Biden dijangka akan diluluskan oleh Kongres sebelum 15 Mac walaupun dengan sokongan Republik. Pakej ini dijangka dapat membantu dalam pemulihan ekonomi AS dalam waktu terdekat, namun terdapat kebimbangan bahawa perbelanjaan fiskal yang besar tambah dengan dasar kewangan FED yang sangat longgar boleh menyebabkan penurunan dolar dalam jangka panjang. Para pelabur bimbang bahawa jumlah besar dalam rangsangan A.S dapat melanjutkan masalah defisit akaun semasa A.S. Justerunya ia memberi tekanan besar kepada dolar AS. Pada masa penulisan, indeks dolar jatuh sebanyak 0.20% kepada 90.68.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah terus meningkat dan melonjak sebanyak 0.55% kepada $58.38 setong susulan dengan pemotongan bekalan yang berterusan dan harapan pemulihan permintaan bahan bakar. Pelaksanaan dalam pelan pemotongan bekalan tambahan dari Arab Saudi pada bulan Februari membantu mengurangkan bekalan dan menyokong harga komoditi. Selain itu, pelancaran vaksin dan data COVID-19 yang menunjukkan bahawa virus ini telah memuncak di negara-negara seperti AS juga meningkatkan harapan pelabur. Seterusnya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.56% kepada $1840.45 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20.00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:00 | USD – JOLTs Job Openings (Dec) | 6.527M | 6.500M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 90.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 90.45.
Tahap rintangan: 90.85, 91.55
Tahap sokongan: 90.45, 90.00

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintnagan 1.3795. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3795, 1.3860
Tahap sokongan: 1.3740, 1.3685

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2065. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2150.
Tahap rintangan: 1.2150, 1.2215
Tahap sokongan: 1.2065, 1.2010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahalu 105.15. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 104.50.
Tahap rintangan: 105.15, 105.65
Tahap sokongan: 104.50, 104.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7670. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7765, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7670, 0.7590

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7255. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7255, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7115

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah seleaps ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2770. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2770, 1.2840
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2615

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.8980. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8920.
Tahap rintangan: 0.8980, 0.9045
Tahap sokongan: 0.8920, 0.8845

CrudeOIL, Weekly: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 60.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 60.30, 65.35
Tahap sokongan: 49.95, 41.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1833.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1850.40.
Tahap rintangan: 1850.40, 1871.95
Tahap sokongan: 1833.80, 1819.25