83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Februari 2021                            Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 15 – 19

Reviu Pasaran (Forex): Februari 8 – 12

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu susulan dengan data-data ekonomi yang negatif dari rantau A.S. mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Selain itu, harapan terhadap rangsangan ekonomi yang agresif serta pelonggaran dasar monetari dari Bank Pusat AS telah juga mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat yang lalu pada harga 90.25.

 

Dari segi data ekonomi yang penting, kebanyakan data ekonomi untuk minggu lalu telah menunjukkan bacaan yang negatif. Biro Statistik Tenaga Kerja A.S. telah melaporkan bahawa A.S. Core Purchasing Indeks (CPI) untuk bulan yang lalu telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 0.1% ke bacaan sebanyak 0.0%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.2%. Tambahan pula, A.S. Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 793K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 757K, menurut kepada Department of Labor. Data-data yang negatif tersebut telah mencetuskan kebimbangan bahawa Bank Pusat AS telah terus mengekalkan kadar faedahnya yang sangat rendah dalam jangka panjang sehingga inflasiekonomi dan kadar pengangguran memulih ke tahap pra-pandemik. Di samping itu,l Dolar AS telah menerima momentum bearish yang lanjutnya susulan dengan perkembangan positif mengenai rangsangan ekonomi daripada kerajaan A.S.  Pada minggu lalu, Senat A.S. meluluskan resolusi belanjawan dengan undi 51 vs 50 yang akan membenarkan pelan bantuan coronavirus bernilai $ 1,9 trilion yang dicadangkan oleh pentadbiran Biden untuk diluluskan tanpa sokongan Parti Republik. Dengan berlatarbelakang pelan fiskal yang besar, sejumlah besar dolar akan disuntik ke dalam pasaran, yang dijangka akan mengganggu keseimbangan antara penawaran dan permintaan di pasaran dolar, ia dipercayai akan menyusut nilai dolar AS.

 

Walaupun begitu, oleh kerana mesyuarat mengenai rangsangan ekonomi yang agresif masih dijalankan, para pelabur masih perlu memantau perkembangan mengenai rancangan rangsangan ekonomi tersebut. Walaupun begitu, ia perlu disebutkan bahawa perkembangan Covid-19 pandemik dan juga vaksn Covid-19 adalah peristiwa yang penting untuk memberikan fokus bagi menerima isyarat dagangan yang lebih tepat.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 105.00. Momentum bearish untuk pasangan USD/JPY kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Walau bagaimanapun, pasangan USDJPY telah mengehadkan kerugiannya selepas data yang positif telah dibebaskan dari rantau Jepun, yang mencetuskan momentum bullish ke atas Yen Jepun. Menurut kepada Cabinet Office, Japan Gross Domestik Produk (GDP) untuk suku terakhir telah memberi bacaan sebanyak 3.0%, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 2.3%.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2130. Momentum bullish untuk pasangan EUR/USD kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam Dolar AS. Walau bagaimanapun, mata wang euro masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu pembebasan data daripada zon Eropah di dalam minggu ini.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3505. Paun Sterling mendapat momentum bullish yang ketara di tengah-tengah harapan positif terhadap resolusi Covid-19. Menurut CNBC, angka R-naught dari rantan UK telah menyusut ke bawah 1.0, yang menunjukkan bahawa jangkitan coronavirus kini telah dikurangkan. Selain itu, seperti sekarang, sekurang-kurangnya 15 juta orang di UK telah menerima vaksin Covid-19. Dengan berlatarbelakang kerajaan UK yang hampir mencapai sasaran vaksinasi, jumlah jangkitan menurun dengan ketara, oleh itu langkah penutupan dirancang untuk tamat segera di mana pembukaan semula sekolah akan tetap menjadi keutamaan mereka, yang dijadualkan akan bermula pada 8hb Mac, yang selanjutnya meningkatkan daya tarikan ke atas Paun Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 8 – 12

GOLD

Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1814.00 se troy auns susulan dengan kekurangan kes-kes Covid-19 telah dicatatkan di seluruh dunia, yang selanjutnya mencetuskan sentimen selera risiko dalam pasaran FX sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko ke arah aset selamat seperti komoditi emas. Menurut kepada data terkini, WHO menegaskan bahawa terdapat sebanyak 3.1 juta kes-kes jangktian Covid-19 telah dilaporkan di seluruh dunia minggu lalu, penurunan sebanyak 17% dari minggu sebelumnya. Ini adalah jumlah kes-kes Covid-19 yang paling rendah dalam 15 minggu sejak 26hb Oktober 2020. Walau bagaimanapun, komoditi emas telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan prospek positif terhadap rangsangan ekonomi yang agresif dari kerajaan A.S. Rangsangan ekonomi yang besar dan agresif akan meningkatkan penawaran wang dalam pasaran kewangan, yang mencetuskan risiko inflasi pada masa depan sambil memberikan momentum bullish ke atas komoditi emas.  Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi yang bernilai $1.9 trillion, wabak Covid-19 dan juga vaksin Covid-19 untuk mejangkakan pergerakan ke atas komoditi tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak telah didagang dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $60.20 se tong susulan dengan perkembangan terhadap vaksin Covid-19 telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap permintaan minyak mentah pada masa yang akan datang. Tambahan pula, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas data inventori yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -0.944M ke bacaan sebanyak -6.644M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.985M, yang mencetuskan momentum bullish ke atas komoditi tersebut.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 15 – 20

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai data penting seperti A.S. Initial Jobless Claims dan juga perkembangan Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 8 – 12

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 15hb Februari 2021
07:50 JPY GDP (QoQ) (Q4) 2.3% 5.3%
Selasa – 16hb Februari 2021
08:30 AUD RBA Meeting Minutes
18:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Feb) 59.5 61.8
Rabu – 17hb Februari 2021
15:00 GBP CPI (YoY) (Jan) 0.5% 0.6%
16:00 EUR ECB Monetary Policy Statement
21:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Jan) 1.0% -1.4%
21:30 USD PPI (MoM) (Jan) 0.4% 0.3%
21:30 CAD Core CPI (MoM) (Jan) -0.4%
Khamis – 18hb Februari 2021
03:00 USD FOMC Meeting Minutes
08:30 AUD Employment Change (Jan) 40.0K 50.0K
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21:30 USD Building Permits (Jan) 1.680M 1.704M
21:30 USD Initial Jobless Claims 775K 793K
21:30 USD Philadelphia Fed Manufacturing Index (Feb) 20.0 26.5
Jumaat – 19hb Februari 2021
00:00 USD Crude Oil Inventories -6.644M
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Jan) -4.2% -4.2%
15:00 GBP Retail Sales (MoM) (Jan) -1.6% 0.3%
16:30 EUR German Manufacturing PMI (Feb) 56.5 57.1
17:30 GBP Manufacturing PMI 54.1
17:30 GBP Services PMI 39.5
21:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Dec) 0.3% 2.1%
23:00 USD Existing Home Sales (Jan) 6.60M 6.76M