83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Februari 2021             Analisis Sesi Pagi

 

Yen Jepun merosot di tengah kebimbangan terhadap Covid-19 telah menyusut.

Semasa sesi dagangan awal Asia, Yen Jepun yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama yang didagangkan dalam pasaran FX menjunam susulan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penurunan global dalam kes koronavirus baru yang ketara pada minggu lalu. Semalam, WHO mendedahkan bahawa angka global kes koronavirus baru menurun sebanyak 500,000 pada minggu lalu ke tahap 2.7 juta, 16 peratus lebih rendah berbanding dengan minggu sebelumnya. Pada minggu pertama bulan Januari, kes tambahan coronavirus global telah mencapai hampir 5 juta secara keseluruhan. Namun, hampir semua wilayah di dunia telah melihat penurunan kes-kes baru yang jelas sejak pelaksanaan program vaksinasi, sementara sekatan penguncian di negara-negara seperti UK dan Jerman telah dibukti berkesan untuk mengekang virus. Dalam segi kematian akibat Covid-19, angka kematian baru masih tinggi pada 81K, tetapi jumlah kes-kes ini telah menurun dengan ketara dan 10 peratus lebih rendah semasa berbanding dengan minggu sebelumnya. Dengan berlakunya penurunan besar kes virus baru, prospek ekonomi global menjadi lebih cerah sambil meningkatkan keyakinan pelabur bahawa ekonomi akan pulih kembali ke tahap pra-pandemik tidak lama lagi. Oleh itu, mata wang aset selamat seperti Yen Jepun dijual secara besar-besaran oleh pelabur dan memasuki ke pasaran aset yang lebih berisiko. Pada masa penulisan, pasangan mata wang USD/JPY meningkat 0.02% ke 105.90.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.10% ke $61.60 setong selepas mencecah tahap tertinggi dalam tempoh 13 bulan susulan dengan penurunan dalam data inventori US baru-baru ini. Menurut kepada API, API Weekly Crude Oil Stock AS telah dibebaskan pada -5.800M, sementara ramalan ahli ekonomi adalah -2.175M. Sebaliknya, harga emas menjunam 0.02% ke $1776.50 setroy auns di tengah penurunan kebimbangan pasaran terhadap penyebaran virus.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

20:30                EUR                   ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Building Permits (Jan) 1.704M 1.679M
21:30 USD – Initial Jobless Claims 793K 765K
21:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Feb) 26.5 20.0
00:00

(19hb)

CrudeOIL – CrudeOIL Inventories -6.644M -2.175M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 90.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 91.10.

 

Tahap rintangan: 91.10, 91.60

Tahap sokongan: 90.75, 90.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3845. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3900, 1.3960

Tahap sokongan: 1.3845, 1.3800

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2065.

 

Tahap rintangan: 1.2065, 1.2105

Tahap sokongan: 1.2015, 1.1950

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 106.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 105.65.

 

Tahap rintangan: 106.00, 106.30

Tahap sokongan: 105.65, 105.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7720. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7785.

 

Tahap rintangan: 0.7785, 0.7825

Tahap sokongan: 0.7720, 0.7670

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7240.

 

Tahap rintangan: 0.7240, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7165, 0.7105

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2740. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2690.

 

Tahap rintangan: 1.2740, 1.2770

Tahap sokongan: 1.2690, 1.2660

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.8985. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.8985, 0.9035

Tahap sokongan: 0.8920, 0.8850

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 61.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 61.95.

 

Tahap rintangan: 61.95, 62.50

Tahap sokongan: 61.10, 60.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1770.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1786.10.

 

Tahap rintangan: 1786.10, 1809.90

Tahap sokongan: 1770.70, 1757.70