19 Februari 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie menyusut susulan data yang lemah.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah menyerahkan keuntungannya yang awal dan jatuh selepas pembebasan data Retail Sales baru-baru ini. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, perbelanjaan pengguna di Australia yang diwakili oleh Retail Sales untuk Januari hanya meningkat sebanyak 0.6%, lebih lemah daripada jangkaan pasaran sebanyak 2.0%. Pada masa yang sama, selera risiko pasaran yang berkurang juga membebankan pasangan susulan dengan laporan mengenai varian virus yang tahan terhadap vaksin dan pelabur mulai bosan menunggu untuk rangsangan AS. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.02% kepada 0.7763.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 2.19% kepada 58.96 setong berikutan dengan kebimbangan mengenai permintaan minyak mentah. Walaupun cuaca sejuk yang melampau telah menutup sepertiga pengeluaran minyak mentah A.S., perhatian pasaran kini sekarang tertumpu kepada kilang minyak di mana kilang yang ditutup oleh cuaca sejuk yang melampau mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk menghidupkan semula operasi mereka dan mengurangi permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas melanjutkan kerugiannya dan dan menjunam sebanyak 0.36% kepada $ 1769.10 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kenaikan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative USD Fed Monetary Policy Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – Retail Sales (MoM)(Jan) | 0.3% | -2.5% | – |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Feb) | 57.1 | 56.5 | – |
| 17:30 | GBP – Composite PMI | 41.2 | – | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI | 54.1 | – | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI | 39.5 | – | – |
| 21:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM)(Dec) | 2.1% | -2.0% | – |
| 23:00 | USD – Existing Home Sales (MoM)(Jan) | 0.7% | -1.5% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 90.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 90.40.
Tahap rintangan: 90.85, 91.55
Tahap sokongan: 90.40, 90.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3985. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3985, 1.4085
Tahap sokongan: 1.3855, 1.3775

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2065. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2150.
Tahap rintangan: 1.2150, 1.2215
Tahap sokongan: 1.2065, 1.2020

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 105.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 106.00, 106.50
Tahap sokongan: 105.55, 105.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7720. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7800.
Tahap rintangan: 0.7800, 0.7865
Tahap sokongan: 0.7720, 0.7670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7165. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7225.
Tahap rintangan: 0.7255, 0.7305
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7110

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2690. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2770, 1.2840
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2610

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.8980. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8980, 0.9045
Tahap sokongan: 0.8925, 0.8845

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 60.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 58.65.
Tahap rintangan: 60.25, 61.65
Tahap sokongan: 58.65, 57.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1764.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1795.35, 1825.25
Tahap sokongan: 1764.10, 1731.65