83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Februari 2021                    Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 22 – 26

US Dollar

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah mencatatkan kenaikan yang kuat pada awal minggu lalu, tetapi kemudian membalikkan kenaikannya pada akhir minggu sebelum mengakhiri sesi pasaran dengan harga 90.29. Data ekonomi memberikan bacaan yang bercampuran secara keseluruhan. Namun, minit mesyuarat yang terbaru dari Fed mengurangkan daya tarikan dolar AS.

 

Dari segi data, statistik kebanyakan adalah positif pada separuh pertama minggu lalu. Data Core Retail Sales telah melonjak sebanyak 5.9% pada bulan Januari berbanding dengan ramalan pasaran sebanyak 1.0%. Retal Sales juga mengagumkan dengan  bacaan 5.3%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.1%. Selain itu, PPI memberi bacaan sebanyak 1.3%, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.4%. Namun, data pekerjaan yang mengecewakan pada separuh kedua minggu lalu telah memberi tamparan yang ketara kepada pasaran sebagai peringatan mengenai kesan yang berterusan oleh wabak terhadap pasaran buruh A.S. Jabatan Tenaga Kerja A.S. melaporkan bahawa sejumlah 861,000 tuntutan telah dilakukan pada minggu lalu, lebih tinggi dibandingkan dengan jangkaan pasaran sebanyak 765,000 tuntutan dan 848,000 tuntutan pada minggu sebelumnya.

 

Sebaliknya, Fed juga mengeluarkan minit dari mesyuarat dasar Januari minggu lalu. Bank pusat Fed sudah memberi amaran bahawa pasaran buruh memerlukan lebih banyak masa untuk pulih. Untuk membantu dalam pemulihannya, bank pusat telah memberi jaminan bahawa dasar kewangan yang sangat longgar akan kekal untuk jangka masa yang lebih lama. Walaupun bank pusat positif terhadap prospek pertumbuhan A.S., Fed kekal tidak bergerak dari perbincangan mengenai inflasi yang lebih tinggi dan berkemungkinan tinggi tidak akan meningkatkan kadar atau mengurangkan program pembelian bonnya. Mengikuti keadaan tersebut, keyakinan pasaran terhadap dolar AS tetap lemah, dan menyebabkan para pelabur menjual dolar.

 

Dengan dolar A.S mungkin akan terus berada di bawah tekanan buat masa ini, pasaran sekarang akan mencari petunjuk dari data ekonomi selanjutnya. Selain itu, pelabur juga akan memberi tumpuan kepada situasi dan vaksin COVID-19. Laporan virus baru juga dapat mempengaruhi sentimen ekonomi dan pasaran dalam jangka pendek.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah meningkat pada separuh pertama minggu lalu sebelum menyerahkan semula sebahagian besar daripada keuntungannya pada akhir minggu sambil menutup pasaran dengan harga 104.40. Dari segi data, GDP Jepun tumbuh sebanyak 3%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 2.3%. Data CPI Nasional Jepun juga meningkat kepada -0.6% berbanding bacaan sebelumnya sebanyak -0.12. Pada masa yang sama, kelemahan dolar A.S. yang ketara juga menambah nilai kepada Yen Jepun yang menyebabkan  pasangan ini jatuh.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD kekal lemah secara keseluruhan tetapi memulihkan sebahagian daripada kerugiannya sebelum mengakhiri pasaran minggu lalu pada harga 1.2116. Dari perspektif data, data GDP zon Euro memberi bacaan yang lebih tinggi pada -0.6% berbanding dengan ramalan sebanyak -0.7% sementara data  while German ZEW Economic Sentiment juga meningkat kepada 71.2 berbanding dengan jangkaan sebanyak 59.6. data German Manufacturing PMI juga meningkat kepada 60.6 berbanding dengan ramalan pasaran sebanyak 56.5. Walaupun kebanyakan data adalah cenderung kepada positif, isu vaksin dan langkah-langkah sekatan di EU terus memberi tekanan besar kepada pasangan tersebut. Dari segi dasar kewangan pada minggu lalu, minit mesyuarat ECB mempunyai nada optimis dengan berhati-hati, tetapi masih menyedari kekuatan EUR dan risikonya.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melonjak sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran dengan keuntungan yang ketara pada harga 1.4002. Mengikuti pelbagai faktor yang optimis seperti program vaksin yang kuat dan kes-kes koronavirus yang menyusut, pasangan ini mengalami lonjakan dalam permintaan. Dari segi data, data UK CPI berada pada -0.2%, lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak -0.4%. Walaupun data Retail Sales mencatat bacaan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan pada -8.2% berbanding  dengan jangkaan sebanyak -2.5%, data tersebut tidak menghalang  para pelabur membeli mata wang tersebut kerana asas yang kukuh.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 15 – 19

GOLD

Harga emas telah mengalami penjualan yang besar sepanjang minggu lalu dan mengakhiri pasaran dengan kerugian pada harga $1783.89 se troy ounce. Selera risiko terus meningkat dengan stabil di pasaran kewangan kerana prospek kekal optimis terhadap pemulihan ekonomi di AS dan di seluruh dunia susulan dengan rangsangan AS dan perjuangan yang berterusan untuk mengawal pandemik COVID-19. Oleh itu, permintaan untuk pasaran selamat seperti emas telah jatuh.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah disokong pada separuh awal minggu lalu, tetapi telah jatuh pada akhir minggu sambil mengakhiri pasaran pada harga 59.02. Walaupun negeri Texas terus berjuang dengan cuaca yang melampau, laporan mengenai pemulihan tenaga dan para pengeluar yang bersedia untuk memulakan semula pengeluaran telah membebani komoditi hitam, pasaran mulai mengambil keuntungan.

 

Pada separuh awal minggu lalu, pasaran minyak mentah disokong oleh pengeluaran yang ditutup di Texas kerana kehilangan kuasa dan peralatan beku yang mengganggu pengeluaran minyak. Dari segi data, API melaporkan penurunan inventori sebanyak 5.800 juta tong sementara EIA juga melaporkan penurunan sebanyak 7.258 juta tong. Kedua-dua bacaan tersebut adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran dengan pengurangan masing-masing sekitar 2.175 tong dan 2.429 juta tong. Walau bagaimanapun, momentum tersebut telah terbalik pada akhir minggu kerana kuasa kebanyakannya telah dipulihkan pada hari Jumaat di seluruh Texas yang menyumbang lebih daripada 40 peratus daripada semua pengeluaran minyak mentah A.S. Sebaliknya, laporan mengenai A.S untuk membatalkan sekatan untuk mengeksport minyak mentah dari Iran juga membebani komoditi tersebut. Menurut kepada Reuters, seorang pegawai AS tanpa nama menyebut kesediaan Amerika untuk bertemu Iran. Walau bagaimanapun, syarat untuk pertemuan tersebut adalah termasuk Tehran masuk kembali ke Perjanjian Nuklear 2015 dan penganjuran rundingan daripada Eropah.

 

Walaupun dengan pengunduran, komoditi ini tetap kukuh berikutan dengan pemulihan ekonomi jangka panjang dari COVID-19 dan perkembagan vaksinasi di seluruh dunia sementara pasaran menunggu lebih banyak pemangkin untuk menentukan arah selanjutnya bagi komoditi tersebut.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 22 – 26

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rangsangan A.S , situasi koronavirus dan data-data ekonomi seperti GDP dan Core Durable Goods Orders untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 22 – 26

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 22hb Februari 2021
17:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Feb) 90.5 90.1
Selasa – 23hb Februari 2021
15:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Dec) 4.2% 3.6%
15:00 GBP Claimant Count Change (Jan) 35.0K 7.0K
18:00 EUR CPI (YoY) (Jan) 0.9% 0.9%
23:00 USD CB Consumer Confidence (Feb) 90.0 89.3
23:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Rabu – 24hb Februari 2021
09:00 NZD RBNZ Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
09:00 NZD RBNZ Rate Statement
10:00 NZD RBNZ Press Conference
15:00 EUR German GDP (QoQ) (Q4) 0.1% 0.1%
23:00 USD New Home Sales (Jan) 855K 842K
23:30 USD Crude Oil Inventoreis -2.429M -7.258M
Khamis – 25hb Februari 2021
21:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) 0.7% 1.1%
21:30 USD GDP (QoQ) (Q4) 4.1% 4.0%
21:30 USD Initial Jobless Claims 843K 861K
23:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Jan) -0.1% -0.3%
Jumaat – 26hb Februari 2021
03:00 USD US Federal Budget