2 Mac 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS meningkat susulan dengan hasil bon AS yang stabil.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama mengalami corak bercampur semalam, tetapi berjaya mengakhiri sesi dagangan pada tahap yang lebih tinggi kerana hasil perbendaharaan 10 tahun AS stabil dengan jangkaan pemulihan ekonomi yang cepat. Sejak minggu lalu, hasil perbendaharaan AS telah meningkat dengan ketara, memecah rekod tahap tertinggi dalam lebih dari satu tahun sambil memberikan momentum kenaikan yang besar di pasaran indeks dolar. Lonjakan hasil perbendaharaan menunjukkan spekulasi pelabur terhadap bank pusat global seperti Federal Reserve akan memperketat dasar monetari mereka lebih awal daripada jangkaan kerana ekonomi global telah memasuki tahap pemulihan yang kuat, dengan usaha program vaksinasi yang sedang berlangsung. Selain itu, indeks dolar bergerak ke tahap ynag lebih tinggi selepas AS melaporkan data yang lebih baik daripada jangkaan di sektor pembuatan. Menurut kepada ISM, PMI Pembuatan AS dibebaskan pada 60.8, lebih kuat daripada ramalan ahli ekonomi pada 58.8, menegaskan pandangan pasaran bahawa keadaan ekonomi AS telah bermula memulih dari kejatuhan wabak. Semasa sesi dagangan awal Asia, dolar AS meningkat 0.14% ke 91.00.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.10% ke $60.10 setong ketika para pelabur berspekulasi bahawa OPEC+ akan meningkatkan pengeluaran minyak untuk menstabilkan keseimbangan pasaran minyak mentah. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelabur masih menunggu keputusan akhir dari OPEC+ untuk mengukur arah harga minyak yang lebih lanjut. Selain itu, harga emas turun 0.06% ke $1723.95 di tengah kekukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision | 0.10% | 0.10% | – |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Feb) | -41K | -13K | – |
| 21:30 | CAD – GDP (MoM)(Dec) | 0.7% | 0.3% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 90.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 91.55, 92.10
Tahap sokongan: 90.90, 90.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3945. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 1.3945 1.4010
Tahap sokongan: 1.3845, 1.3755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2065. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 1.2065, 1.2105
Tahap sokongan: 1.2015, 1.1950

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 106.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 106.75, 107.10
Tahap sokongan: 106.45, 106.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7775. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7775, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7735, 0.7700

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7225. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7290.
Tahap rintangan: 0.7290, 0.7335
Tahap sokongan: 0.7225, 0.7165

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2685. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap sokongan di 1.2610.
Tahap rintangan: 1.2685, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9125. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9180.
Tahap rintangan: 0.9180, 0.9225
Tahap sokongan: 0.9125, 0.9090

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 60.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 59.80.
Tahap rintangan: 60.65, 61.70
Tahap sokongan: 59.80, 58.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1738.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1716.70.
Tahap rintangan: 1738.10, 1765.15
Tahap sokongan: 1716.70, 1698.30