5 Mac 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak disebabkan oleh lonjakan hasil bon selepas kenyataan Powell.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama berjaya melanjutkan kenaikannya semalam dan mengakhiri sesi pada tahap tertinggi dalam tempoh 3 bulan berikutan dengan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell. Sebelumnya, Powell mendedahkan bahawa ada kemungkinan lonjakan kadar inflasi sementara kerana pembukaan semula ekonomi dapat menimbulkan tekanan ke atas harga barang dan perkhidmatan. Selain itu, Jerome Powell juga menyatakan bahawa beliau telah memperhatikan bahawa hasil perbendaharaan di AS telah meningkat dengan ketara dalam beberapa minggu terakhir, tetapi beliau juga menyebutkan bahawa Fed akan terus memerhatikan sebelum mengambil tindakan untuk mempengaruhi hasil bon yang berjangka panjang. Dengan latar belakang kenaikan kadar faedah dari para pelabur, Powell menjawab bahawa bank pusat AS akan “sabar” dan mengekalkan dasar monetari mereka sehingga kadar inflasi meningkat ke objektif mereka, iaitu berada di atas tahap yang berterusan pada 2%. Penyataan Powell akhirnya meningkatkan hasil perbendaharaan 10 tahun ke atas 1.5%, dan memberikan momentum kenaikan yang besar di pasaran dolar. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar meningkat 0.74% ke 91.62.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.39% ke $64.22 setong ketika OPEC+ bersetuju untuk melanjutkan pelan pemotongan minyak mereka sekarang hingga bulan April. Dalam pertemuan OPEC, OPEC dan sekutunya mencapai kesepakatan di mana mereka memilih untuk tidak mengubah pelan pemotongan minyak mereka untuk bulan April, dengan alasan mereka bimbang bahawa wabak itu masih berkemungkinan melemahkan pemulihan permintaan minyak. Selain itu, harga emas turun 0.04% ke $1696.60 setroy ouns di tengah pengukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Feb) | 49K | 18K | – |
| 21:30 | USD – Unemployment Rate (Feb) | 6.3% | 6.3% | – |
| 23:30 | CAD – Ivey PMI (Feb) | 48.4 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 91.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 91.55, 92.10
Tahap sokongan: 90.90, 90.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3945. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3845.
Tahap rintangan: 1.3945, 1.4000
Tahap sokongan: 1.3845, 1.3755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1950. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2025, 1.2065
Tahap sokongan: 1.1950, 1.1890

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 108.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 108.00, 108.25
Tahap sokongan: 107.70, 107.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.7700. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7735, 0.7775
Tahap sokongan: 0.7700, 0.7670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7225, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7105

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2610. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2685.
Tahap rintangan: 1.2685, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9290, 0.9370
Tahap sokongan: 0.9225, 0.9180

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 64.80. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntugannya selepas ia memecah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 64.80, 66.10
Tahap sokongan: 63.55, 62.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1698.30. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinya berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1716.70, 1738.10
Tahap sokongan: 1698.30, 1666.70