83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

05 Mac 2021                        Analisis Sesi Petang

Euro jatuh di tengah-tengah data zon Euro yang lemah.

Semasa lewat sesi Asia, mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh ke paras terendah yang baru berikutan dengan pengeluaran data inflasi yang lemah baru-baru ini dari zon Euro. Menurut kepada Eurostat, data Retail Sales dari zon Euro yang terkini untuk bulan Januari telah jatuh kepada -5.9%, lebih teruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.1%. Mengikuti keputusannya, para pelabur semakin bimbang terhadap prospek ekonomi zon euro yang kelihatan nak menuju kepada kemelesetan dua kali ganda. Di samping itu, penangguhan EU dalam pelancaran vaksin COVID-19 awal tahun ini juga terus menjatuhkan keyakinan pasaran terhadap pemulihan di EU untuk beberapa bulan yang akan datang. Sebaliknya, pasangan ini juga ditekan oleh kenaikan dolar disebabkan oleh komen baru-baru ini dari Pengerusi Fed Jerome Powell dan hasil AS yang lebih tinggi. Berdasarkan dengan semua faktor ini, pasangan ini telah mengalami tekanan penjualan yang ketara dan menyebabkan kejatuhan dalam nilai yang tajam. Pada masa penulisan, EUR/USD jatuh sebanyak 0.11% kepada 1.1960.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.56% kepada $ 64.33 setong semasa penulisan berikutan dengan pasaran terus menghadamkan berita mengenai keputusan OPEC untuk mengekalkan pemotongan bekalan. OPEC dan sekutunya bersetuju untuk tidak meningkatkan bekalan pada bulan April kerana mereka menunggu pemulihan permintaan yang lebih kukuh dari wabak koronavirus. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.18% kepada $ 1694.51 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kenaikan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini                                                                                                    

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Feb) 49K 18K
21:30 USD – Unemployment Rate (Feb) 6.3% 6.3%
23:30 CAD – Ivey PMI (Feb) 48.4

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 90.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 92.05.

 

Tahap rintangan: 92.05, 92.90

Tahap sokongan: 90.95, 90.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3855. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3985, 1.4085

Tahap sokongan: 1.3855, 1.3775

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1955. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2030, 1.2090

Tahap sokongan: 1.1955, 1.1860

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 108.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahpa rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.00, 109.05

Tahap sokongan: 106.95, 106.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7700. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7755, 0.7800

Tahap sokongan: 0.7700, 0.7650

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.1765. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7240, 0.7365

Tahap sokongan: 0.7165, 0.7105

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2615. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2720.

 

Tahap rintangan: 1.2720, 1.2785

Tahap sokongan: 1.2615, 1.2560

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9290. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9290, 0.9385

Tahap sokongan: 0.9200, 0.9040

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 64.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 64.55, 70.20

Tahap sokongan: 59.40, 52.40

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokonagn 1685.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1711.70, 1737.55

Tahap sokongan: 1685.85, 1661.50