09 Mac 2021 Analisis Sesi Pagi
Yen menyusut susulan dengan peningkatan dalam sentimen selera risiko.
Aset selamat seperti Yen Jepun telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan peningkatan dalam sentimen selera risiko dalam pasaran FX selepas kerajaan AS meluluskan rangsangan ekonomi yang sebanyak $1.9 trilion pada hari Sabtu yang lalu, yang selanjutnya mencetuskan keyakinan pasaran terhahap pemulihan perkembangan ekonomi di seluruh dunia sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset selamat Yen Jepun ke arah aset berisiko. Tambahan pula, prospek positif terhadap perkembangan Covid-19 juga mengurangkan permintaan ke atas aset selamat Yen Jepun. Menurut kepada statistik terkini, jumlah kes Covid-19 telah menyusut sebanyak 11% sejak minggu lalu, sementara A.S. menunjukkan penurunan mingguan terbesar dengan 19%, menurut kepada laporan dari World Health Organization (WHO). Sebaliknya, peningkatan dalam hasil bon perbendeharaan A.S juga memberikan sokongan bullish untuk Dolar A.S. susulan sentimen tersebut menunjukkan bahawa Bank Pusat A.S. mungkin akan mengetatkan dasar monetari mereka lebih awal daripada jangkaan untuk memerangi risiko inflasi pada masa yang akan datang. Semasa penulisan, USD/JPY telah meningkat sebanyak 0.08% ke 108.95.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.31% ke $64.85 se tong semasa penulisan. Walau bagaimanapun, pasaran minyak mentah telah menyusut dengan ketara semalam susulan dnegan pembetulan teknikal selepas komoditi tersebut mencapai tahap $70 se tong. Para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai wabak Covid-19 untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.04% ke $1684.50 se troy auns susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, mengurangkan permintaan ke atas aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 CrudeOIL EIA Short-term Energy Outlook
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 92.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 92.65, 94.70
Tahap sokongan: 91.55, 89.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini berhampiran dengan garisan naik. Namun,MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3870, 1.3985
Tahap sokongan: 1.3775, 1.3680

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1840. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
.
Tahap rintangan: 1.1960, 1.2155
Tahap sokongan: 1.1840, 1.1630

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.05, 109.60
Tahap sokongan: 108.00, 106.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7650. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7705, 0.7755
Tahap sokongan: 0.7650, 0.7590

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7105. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7170, 0.7240
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7050

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2720. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2615.
Tahap rintangan: 1.2720, 1.2785
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2560

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9385. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9385, 0.9505
Tahap sokongan: 0.9305, 0.9200

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 66.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 63.60.
Tahap rintangan: 66.05, 68.00
Tahap sokongan: 63.60, 59.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1693.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1693.00, 1711.05
Tahap sokongan: 1661.50, 1631.85