10 Mac 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie menurun walaupun dengan data China yang optimis.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh walaupun dengan pengeluaran data inflasi China yang positif pada awal hari ini. Menurut kepada Biro Statistik Nasional China, CPI China telah meningkat sebanyak 0.6%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.4%. Pada masa yang sama, PPI China juga meningkat sebanyak 1.7%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 1.5%. Namun, data-data yang positif tersebut tidak dapat meyakinkan para pembeli kerana sentimen pasaran menjadi lembap. Pada awal hari ini, Gabenor bank pusat Australia (RBA) Philip Lowe telah memberikan komen yang kurang memberangsangkan sambil menimbulkan keraguan terhadap kenaikan kadar faedah dan pembelian bon masa depan. Beliau menyatakan bahawa masih ada jalan yang panjang sebelum bank mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar faedah. Pada masa penulisan, AUD/USD menurun sebanyak 0.37% kepada $0.7680.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0.47% kepada $63,49 setong semasa penulisan berikutan dengan EIA mengurangkan ramalan permintaan 2021 dan kebimbangan mengenai kenaikan harga baru-baru ini. Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) menyatakan dalam laporan terbarunya bahawa ia telah mengurangkan ramalan pertumbuhan permintaan minyak mentah untuk 2021 kepada 5.32 juta tong sehari (bpd), penurunan sebanyak 60,000 tong. Selain itu, petunjuk teknikal juga menunjukkan minyak mentah bergerak terlalu cepat dan terlalu jauh yang mula menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan dalam kejatuhan harga dalam masa terdekat. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.11% kepada $ 1712.76 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan pengunduran dalam dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jan) | 0.1% | 0.2% | – |
| 23:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 0.25% | 0.25% | |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -0.994M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 92.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 92.10, 92.60
Tahap sokongan: 91.55, 90.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3845.
Tahap rintangan: 1.3945, 1.4085
Tahap sokongan: 1.3845, 0.3755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1890. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 1.1890, 1.1950
Tahap sokongan: 1.1830, 1.1755

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 108.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 109.15.
Tahap rintangan: 109.15, 109.65
Tahap sokongan: 108.55, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7730. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7660.
Tahap rintangan: 0.7730, 0.7780
Tahap sokongan: 0.7660, 0.7600

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7105.
Tahap rintangan: 0.7165, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7075

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2610. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2685.
Tahap rintangan: 1.2685, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2555

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9280. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melantun dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9370.
Tahap rintangan: 0.9370, 0.9430
Tahap sokongan: 0.9280, 0.9225

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 63.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 64.55, 66.10
Tahap sokongan: 63.70, 62.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1712.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1738.10, 1765.20
Tahap sokongan: 1712.45, 1694.05