11 Mac 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS berikutan dengan hasil perbendeharaan AS stabil.
Hasil Bon Perbendeharaan A.S. telah menyusut semalam selepas data inflasi yang buruk telah dibebaskan dari rantau A.S., yang selanjutnya mencetuskan momentum bearish ke atas Indeks Dolar. Menurut kepada A.S. Bureau of Labor Statistiks, A.S. Core Consumer Price Indeks (CPI) untuk bulan yang lepas telah memberi bacaan sebanyak 0.1%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.2%, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran terhadap pemulihan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi di A.S. sambil memberikan momentum bearish ke atas hasil bond Perbendeharaan A.S. Penyusutan dalam hasil bon perbendeharaan akan mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar AS susulan dengan para pelabur akan tertarik dnegan mata wang denga hasil yang lebih tinggi, justerunya sentimen tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari Dolar A.S. ke arah mata wang lain. Walau bagaimanapun, Dolar A.S. telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan harapan terhadap resolusi wabak Covid-19 akan memberangsangkan perkembangan ekonomi di A.S. pada masa yang akan datang. Menurut kepada data terkini, kes-kes Covid-19 yang baru di A.S. terus menurun, sementara kemasukan ke hospital menurun sebanyak 16% dan kadar kematian telah menurun sebanyak 11% berbanding dengan beberapa minggu terakhir. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.18% ke 91.72.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.02% ke $64.50 se tong semasa penulisan selepas data inventori telah dibebaskan semalam. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori minyak mentah telah memberi bacaan sebanyak 13.798M, lebih banyak daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.816M. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.05% ke $1726.80 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Mar) | 0.00% | 0.00% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 745K | 725K | – |
| 23:00 | USD – JOLTs Job Openings (Jan) | 6.646M | 6.500M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 92.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 91.55.
Tahap rintangan: 92.45, 93.35
Tahap sokongan: 91.55, 90.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3895. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3985.
Tahap rintangan: 1.3895, 1.4085
Tahap sokongan: 1.3895, 1.3775

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.1910. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1960.
Tahap rintangan: 1.1960, 1.2020
Tahap sokongan: 1.1910, 1.1845

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 108.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.15, 109.60
Tahap sokongan: 108.40, 107.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7735. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7735, 0.7800
Tahap sokongan: 0.7650, 0.7590

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7180. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7140, 0.7365
Tahap sokongan: 0.7180, 0.7105

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2615. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2720, 1.2785
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2560

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9275. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9380, 0.9505
Tahap sokongan: 0.9275, 0.9150

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 63.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 66.05.
Tahap rintangan: 66.05, 68.00
Tahap sokongan: 63.45, 61.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1711.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1739.05, 1771.30
Tahap sokongan: 1711.30, 1679.50