15 Mac 2021 Analisis Sesi Petang
Paun menyusut susulan dengan data yang negatif.
Paun Sterling telah mencatat kerugiannya selepas data-data ekonomi yang negatif telah dibebaskan dari rantau U.K. pada minggu yang lalu. Menurut kepada Office for National Statistiks, U.K. Manufacturing Production untuk bulan yang lalu telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 0.3% ke bacaan sebanyak -2.3%, lebih buruk daripada jangkaan sebanyak -0.8%. Tambahan pula, U.K. Gross Domestik Produk (GDP) YoY memberi bacaan sebanyak -9.2%, yang juga lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak -7.8%. Angka data Gross Domestik Produk (GDP) secara keseluruhan kebanyakkannya dipengaruhi oleh kesan peraturan jarak sosial terhadap faktor perkhidmatan Britain. Walau bagaimanapun, Paun Sterling telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan perkembangan positif vaksin Covid-19 dari rantau U.K. Menurut kepada data terkini, lebih daripada 20,000,000 orang telah diberikan dos pertama vaksin pada akhir 3hb Mac 2021. Selain itu, Perdana Menteri Boris Johnson merancang untuk meredakan dasar-dasar “lock-down” pada akhir Jun, yang selanjutnya mencetuskan prospek positif terhadap perkembangan ekonomi di UK pada masa yang akan datang. Namun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai vaksin Covid-19 dan juga data-data ekonomi yang lanjut untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.10% ke 1.3935.
Bagi pasaran komoditi, komoditi minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.61% ke $66.00 se tong semasa penulisan. Komoditi minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan harapan terhadap resolusi wabak Covid-19, yang selanjutnya memberi momentum bullish ke atas komoditi minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.10% ke $1727.00 se troy auns berikutan dengan beberapa pelabur institusi telah mengalihkan portfolio mereka ke arah aset selamat emas untuk melindungi risiko inflasi pada masa depan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 91.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.45, 93.35
Tahap sokongan: 91.25, 90.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3925. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3925, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3870, 1.3805

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintnagan 1.1960. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1960, 1.2155
Tahap sokongan: 1.1835, 1.1630

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.15, 109.60
Tahap sokongan: 108.40, 107.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7735. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7800, 0.7880
Tahap sokongan: 0.7735, 0.7650

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7180. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7240.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7365
Tahap sokongan: 0.7180, 0.7105

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2465. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2560, 1.2605
Tahap sokongan: 1.2465, 1.2395

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9275. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9380, 0.9505
Tahap sokongan: 0.9275, 0.9150

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 66.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 66.40, 68.00
Tahap sokongan: 63.45, 61.45

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1730.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1730.80, 1771.30
Tahap sokongan: 1679.55, 1644.75