17 Mac 2021 Analisis Sesi Pagi
Euro merosot berikutan dengan kebangkitan gelombang pandemik ketiga.
Euro yang bertindak sebagai mata wang tunggal di Kesatuan Eropah gagal memulih dari kerugian sesi dagangan sebelumnya ketika berayun berdekatan tahap terendah dalam tempoh satu minggu di tengah gelombang pandemik ketiga merebak di sebahagian besar Eropah. Menurut kepada statistik, pihak berkuasa kesihatan Perancis telah melaporkan lebih daripada 29k kes disahkan virus pada hari semalam, lonjakan tajam sebanyak 4.5% ketika dibandingkan dengan kes yang dicatat minggu lalu. Peningkatan kes virus baru-baru ini telah menyebabkan kerosakan sistem hospital terutamanya di ibu negara di mana kes jangkitan yang amat serius. Dengan latar belakang kebangkitan virus, Perdana Menteri Perancis Jean Castex telah menyatakan bahawa mereka akan menerapkan langkah-langkah sekatan tambahan di tempat tertentu, yang bertujuan untuk memerangi serangan gelombang virus ketiga. Beberapa hari yang lalu, Itali telah memperkenalkan semula sekatan untuk mengekang koronavirus dan negara itu juga akan melaksanakan sekatan penguncian sekali lagi di seluruh negara pada hujung minggu Hari Paskah. Selain itu, lebih banyak negara di Eropah telah mengumumkan untuk menghentikan penggunaan suntikan vaksin Astra Zeneca atas masalah pembekuan darah, sehingga menimbulkan ketidakpastian mengenai kemajuan program vaksinasi. Semasa sesi dagangan awal Asia, pasangan EUR/USD melantun semula sebanyak 0.03% ke 1.1900.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.02% ke $65.00 setong kerana penurunan yang mengejut dalam inventori minyak mentah memberikan momentum kenaikkan harga dalam pasaran komoditi hitam ini. Menurut kepada API, data Inventori Minyak Mentah AS telah dibebabkan pada bacaan sebanyak -1M, kehilangan ramalan ekonomi pada 2.715M, ia telah mengurangkan kebimbangan pasaran mengenai masalah bekalan melebihi. Selain itu, harga emas meningkat 0.01% ke $1731.50 setroy oun di tengah kebimbangan pasaran terhadap gelombang virus ketiga di Eropah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 USD FOMC Economic Projections
(18hb)
02:00 USD FOMC Statement
(18hb)
02:00 USD Fed Interest Rate Decision
(18hb)
02:30 USD FOMC Press Conference
(18hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY)(Feb) | 0.9% | 0.9% | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (MoM)(Feb) | 10.7 | – | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM)(Feb) | 0.5% | – | – |
| 22:30 | CrudeOIL – CrudeOIL Inventories | 13.798M | 2.964M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 91.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 92.10.
Tahap rintangan: 92.10, 92.60
Tahap sokongan: 91.55, 91.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3845. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3990.
Tahap rintangan: 1.3990, 1.4085
Tahap sokongan: 1.3945, 1.3845

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1890. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1950, 1.2025
Tahap sokongan: 1.1890, 1.1830

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 109.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 109.15, 109.65
Tahap sokongan: 108.35, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7730. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7780.
Tahap rintangan: 0.7780, 0.7835
Tahap sokongan: 0.7730, 0.7660

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7175. Oleh disebabkan oleh kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 0.7225, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7105

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2485. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2400.
Tahap rintangan: 1.2485, 1.2555
Tahap sokongan: 1.2400, 1.2340

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9280. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9225.
Tahap rintangan: 0.9280, 0.9370
Tahap sokongan: 0.9225, 0.9180

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 64.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 66.10.
Tahap rintangan: 66.10, 67.70
Tahap sokongan: 64.55, 63.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1738.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1738.10, 1765.20
Tahap sokongan: 1718.15, 1694.30