83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Mac 2021                        Analisis Sesi Petang

Dolar meningkat susulan optimisme pemulihan yang berterusan.

Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama kekal disokong dan meningkat berikutan dengan peningkatan dalam keyakinan terhadap pemulihan ekonomi AS. Untuk setakat ini, pelancaran vaksin COVID-19 yang cepat dan rangsangan $1.9 trilion Biden dilihat dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi AS dan menarik perhatian kepada dolar AS. Mengikuti perkembangan terbaru dalam vaksinasi di AS, lebih banyak negeri seperti West Virginia, Tennessee dan Arizona kini membuka akses vaksin kepada semua penduduk berusia lebih dari 16 tahun semasa pengarah C.D.C. menggesa rakyat Amerika untuk memandang serius terhadap ancaman lonjakan kes yang baru. Dalam faktor yang berasingan, pakej rangsangan Biden juga menunjukkan tanda-tanda perubahan positif dalam ekonomi A.S. Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen menyatakan bahawa pertumbuhan dan kemungkinan pekerjaan penuh dapat kembali tahun depan berkat pakej rangsangan koronavirus yang besar. Pada masa ini, para pelabur akan menunggu lebih banyak pemangkin untuk mengukur sentimen yang lebih lanjut. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.13% kepada 91.83.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak 0.59% kepada $ 60,87 setong berikutan dengan kebimbangan mengenai kesan pemulihan dan permintaan COVID-19 yang tidak rata. Sementara AS dan U.K berlumba untuk menyuntik penduduknya, cabaran tetap dihadapi oleh negara-negara EU kerana mereka sedang menghadapi potensi koronavirus gelombang ketiga, kekurangan vaksin dan sekatan baru. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.26% kepada $ 1734.40 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kenaikan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:50                     GBP                                        BoE Gov Bailey Speaks

22:00                     USD                        Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – Average Earnings Index+Bonus (Jan) 4.7% 4.9%
15:00 GBP – Claimant Count Change (Feb) -20.0K
22:00 USD – New Home Sales (Feb) 923K 875K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 91.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 92.45, 93.35

Tahap sokongan: 91.30, 90.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3875. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3990, 1.4085

Tahap sokongan: 1.3825, 1.3680

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1945. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1910.

 

Tahap rintangan: 1.1945, 1.1985

Tahap sokongan: 1.1910, 1.1865

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dnegan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.20. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 109.20, 110.35

Tahap sokongan: 108.05, 106.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7710. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7800, 0.7880

Tahap sokongan: 0.7710, 0.7650

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7160. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7160, 0.7240

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7050

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2495. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2560, 1.2615

Tahap sokongan: 1.2495, 1.2415

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan momentum beraish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9315, 0.9375

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9150

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 61.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 59.30.

 

Tahap rintangan: 61.65, 63.65

Tahap sokongan: 59.30, 57.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dalam satu salu ran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 1738.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1738.25, 1771.30

Tahap sokongan: 1705.10, 1684.10