83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Mac 2021            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat di tengah lonjakan dalam Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama berjaya melanjutkan kenaikannya sambil berayun dekat tahap tertinggi dalam tiga setengah bulan selepas Hasil Perbendaharaan 10 tahun naik ke atas paras 1.7%. Dalam ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell baru-baru ini, beliau telah menegaskan bahawa kadar tunai akan dikekalkan berada pada tahap rendah untuk jangka masa tertentu sehingga pertumbuhan kadar inflasi yang berterusan dan stabil berlaku dalam ekonomi negara. Walaupun ucapan Fed adalah lebih dovish, jangkaan inflasi dan pertumbuhan ekonomi AS dari para pelabur terus meningkat dan menolak hasil perbendaharaan ke tahap yang lebih tinggi, dan ia telah menyebabkan permintaan yang lebih tinggi di pasaran dolar AS. Di sisi lain, gelombang baru coronavirus di Eropah telah menurunkan keyakinan pasaran terhadap pemulihan blok ini. Menurut kepada statistik, kebangkitan virus gelombang ketiga semakin serius pada minggu ini kerana keadaan kesihatan awam di Perancis dan Jerman merosot. Sebelum ini, Jerman dan Perancis telah melanjutkan sekatan penguncian mereka untuk jangka waktu yang lebih lama untuk mengekang penyebaran virus baru. Dengan berlatarbelakang krisis virus yang semakin serius di Eropah, para pelabur memutuskan untuk mengalihkan modal mereka ke mata wang selamat seperti dolar AS. Sehingga penulisan, indeks dolar meningkat 0.16% ke 92.90.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.75% ke $62.00 setong di tengah-tengah para pelabur bermula untuk membeli produk minyak mentah disebabkan oleh jangkaan yang optimis ke atas hasil pertemuan OPEC. Dengan latar belakang permintaan pasaran minyak yang lemah, OPEC+ dijangka akan mengekalkan pelan pemotongan minyaknya sehingga bulan Mei dalam pertemuan pada 1 April. Selain itu, harga emas turun 0.02% ke $1712.05 setroy auns di tengah pengukuhan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Mar) 91.3 96.9

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 92.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 93.00.

 

Tahap rintangan: 93.00, 93.35

Tahap sokongan: 92.60, 92.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji thaap sokongan di 1.3755. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3805, 1.3880

Tahap sokongan: 1.3755, 1.3675

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1755. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1830, 1.1890

Tahap sokongan: 1.1755, 1.1695

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap tertinggi di 109.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 109.75, 110.25

Tahap sokongan: 109.20, 108.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7655. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7600.

 

Tahap rintangan: 0.7655, 0.7700

Tahap sokongan: 0.7600, 0.7565

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7015. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7015, 0.7105

Tahap sokongan: 0.6960, 0.6905

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2610. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2560.

 

Tahap rintangan: 1.2610, 1.2685

Tahap sokongan: 1.2560, 1.2485

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9370. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9430, 0.9480

Tahap sokongan: 0.9370, 0.9310

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 61.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 62.60.

 

Tahap rintangan: 62.60, 63.70

Tahap sokongan: 61.70, 60.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1710.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 1710.80.

 

Tahap rintangan: 1723.35, 1738.95

Tahap sokongan: 1710.80, 1699.60