1 April 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie jatuh susulan data PMI China yang rendah.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah melanjutkan kelemahannya dan jatuh di tengah-tengah keputusan yang mengecewakan dari data China. Menurut kepada Markit Economics, data Caixin Manufacturing PMI China telab jatuh dengan tidak dijangka ke 50.6, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 51.3. Data tersebut menunjukkan angka aktiviti di China bertentangan dengan bacaan rasmi optimis yang diterbitkan pada awal minggu ini. Selain itu, daya tarikan dolar Australia juga dikurangkan oleh tinjauan positif di AS kerana data positif dan harapan pemulihan ekonomi yang lebih cepat disokong oleh pemacu vaksinasi yang kuat. Pada masa penulisan, AUD/USD merosot sebanyak 0.27 kepada 0.7572.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh sebanyak 1.64% kepada $ 59.42 setong semasa penulisan susulan dengan para pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat OPEC. Walaupun dengan spekulasi OPEC untuk mengekalkan pemotongan pengeluaran, para pedagang tetap berhati-hati dan menunggu untuk keputusan akhir mesyuarat OPEC. Pada masa yang sama, kebimbangan terhadap koronavirus juga membebani komoditi ini. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 1.66% kepada $1712.93 se troy auns pada masa penulisan susulan dengan pasaran menghadamkan berita mengenai kenaikan cukai korporat dari A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Mar) | 66.6 | 66.6 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Mar) | 57.9 | 57.9 | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 684K | 680K | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Mar) | 60.8 | 61.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 92.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 93.65, 94.75
Tahap sokongan: 92.65, 90.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3810. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3810, 1.3895
Tahap sokongan: 1.3740, 1.3675

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1705. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1765, 1.1830
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1640

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 110.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.75, 111.25
Tahap sokongan: 110.00, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7580. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7650, 0.7710
Tahap sokongan: 0.7580, 0.7505

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6955. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangn ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7110, 0.7250
Tahap sokongan: 0.6955, 0.6775

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2630. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangna ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2830
Tahap sokongan: 1.2400, 1.2255

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9450. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9450, 0.9525
Tahap sokongan: 0.9370, 0.9300

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 59.20. MACD yang memaparkan mometum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 61.35, 62.65
Tahap sokongan: 59.20, 57.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1702.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1723.90.
Tahap rintangan: 1723.90, 1741.00
Tahap sokongan: 1702.15, 1680.15