83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 April 2021             Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menjunam semasa percutian Good Friday.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang saingan utama gagal melanjutkan kenaikannya sambil didagang dengan lebih rendah selepas mencecah tahap tinggi dalam tempoh 4 bulan di tengah data pekerjaan yang suram menjelang percutian Good Friday. Pada malam tadi, jumlah orang Amerika yang menuntut faedah insurans pengangguran meningkat melebihi 700 ribu lagi, mencetuskan gelombang penjualan di pasaran dolar AS. Menurut kepada jabatan Buruh, data Initial Jobless Claims AS dibebaskan pada 719K, jauh lebih tinggi daripada ramalan ekonomi pada 680K, mengejutkan sentimen pasaran walaupun terdapat tanda-tanda peningkatan pasaran buruh selepas lebih banyak negeri AS secara beransur-ansur membuka balik ekonomi mereka baru-baru ini. Kenaikan yang mendadak dalam data tersebut sedikit menurunkan optimisme pasaran terhadap kesihatan ekonomi AS sambil meletakkan ketidakpastian yang lebih tinggi pada data NFP hari ini. Selain itu, kerugian indeks dolar menjunam dengan lebih lanjut susulan dengan penurunan hasil pembendaharaan AS. Semalam, hasil pembendaharaan AS yang berjangka 10 tahun turun 0.08% dan berayun di bawah 1.7% pada hari dagangan pertama bulan April. Setakat ini, pasaran FX dijangka mempunyai kecairan yang rendah dan perdagangan yang nipis di tengah-tengah percutian Good Friday sementara para pelabur masih menunggu laporan NFP untuk meneliti arah indeks dolar yang lebih jauh. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar turun 0.38% ke 92.90.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.01% ke $61.25 setong walaupun OPEC memutuskan untuk mengurangkan pelan pemotongan pengeluaran minyak mereka secara beransur-ansur mulai Mei. Dalam pertemuan OPEC+, OPEC dan sekutunya akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 350 ribu bpd pada bulan Mei, dengan 350 ribu lagi pada bulan Jun dan 450 ribu pada bulan Julai. Selain itu, Arab Saudi juga akan secara beransur-ansur mengurangkan pemotongan sukarela yang sebanyak 1 juta bpd di atas jumlah peningkatan pengeluaran OPEC+. Akhirnya, harga emas meningkat 0.01% ke $1729.55 setroy ounce selepas dolar berundur dari tahap tertinggi.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

All Day              USD                   Good Friday

All Day              GBP                   Good Friday

All Day              EUR                   Good Friday

All Day              AUD                  Good Friday

All Day              CAD                   Good Friday

All Day              NZD                   Good Friday

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Mar) 379K 647K
20:30 USD – Unemployment Rate (Mar) 6.2% 6.0%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 93.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.60.

 

Tahap rintangan: 93.00, 93.35

Tahap sokongan: 92.60, 92.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3805. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3880.

 

Tahap rintangan: 1.3880, 1.3990

Tahap sokongan: 1.3805, 1.3755

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1755. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1830.

 

Tahap rintangan: 1.1830, 1.1890

Tahap sokongan: 1.1755, 1.1695

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 110.80. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 110.80, 111.50

Tahap sokongan: 110.25, 109.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7600. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7655.

 

Tahap rintangan: 0.7655, 0.7700

Tahap sokongan: 0.7600, 0.7565

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7030. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7030, 0.7105

Tahap sokongan: 0.6945, 0.6900

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2560. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2485.

 

Tahap rintangan: 1.2560, 1.2610

Tahap sokongan: 1.2485, 1.2400

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9430, 0.9480

Tahap sokongan: 0.9370, 0.9310

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan di 60.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 61.70.

 

Tahap rintangan: 61.70, 62.60

Tahap sokongan: 60.65, 59.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1723.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1738.95.

 

Tahap rintangan: 1738.95, 1754.15

Tahap sokongan: 1723.35, 1710.80