5 April 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: April 5 – 9
Reviu Pasaran (Forex): Mac 29 – April 2
US Dollar
Indeks dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama mengalami corak bercampur tetapi akhirnya berjaya mengakhiri minggu dagangan sebelumnya pada tahap yang lebih tinggi di tengah lonjakan ketara dalam hasil perbendaharaan AS serta data NFP yang optimis.
Awal minggu lalu, indeks dolar berjaya melanjutkan kenaikannya berikutan dengan lonjakan berterusan dalam Treasury Yield 10 tahun AS. Minggu lalu, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan ketika penjualan di bon terus berlanjutan pada jangkaan pertumbuhan dan inflasi yang lebih tinggi di masa hadapan. Dalam ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell baru-baru ini, beliau telah menegaskan bahawa kadar faedah akan tetap berada pada tahap rendah untuk jangka masa tertentu sehingga pertumbuhan inflasi yang mendasari yang berterusan dan stabil berlaku dalam ekonomi negara. Walaupun ucapan Fed lebih dovish, jangkaan inflasi AS daripada para pelabur terus menaik dan meningkatkan hasil perbendaharaan, yang menyebabkan permintaan dolar AS yang lebih tinggi. Selain itu, daya tarikan indeks dolar telah meningkat lebih lanjut di tengah kebangkitan virus dan program vaksinasi yang perlahan di Eropah mendesak para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke pasaran dolar AS. Di segi data ekonomi, data NFP yang optimis meningkatkan permintaan indeks dolar kerana ia menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi AS mulai meningkat, terutama di pasaran pekerjaan AS.
Setakat ini, para pelabur sedang menunggu lebih banyak pemangkin seperti bahagian kedua dari pelan infrastruktur Biden untuk menentukan arah indeks dolar lebih jauh, sambil terus memerhatikan perkembangan wabak di seluruh dunia.
USD/JPY
Pasangan USD / JPY diniagakan lebih tinggi sepanjang minggu sambil mengakhiri sesi dagangan pada harga 110.55. Sumbangan utama momentum kenaikkan terhadap pasangan mata wang ini diperoleh daripada lonjakan dolar AS yang ketara. Pada minggu lalu, indeks dolar meningkat secara beransur-ansur di tengah trend kenaikan hasil perbendaharaan AS yang tidak dapat dihentikan dan pengeluaran data ekonomi positif, dan akhirnya ia mendorong nilai USD/JPY ke tahap tertinggi dalam 1 tahun.
EUR/USD
EUR / USD telah berayun pada paras yang sama sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri sesi dagangan dengan harga 1.1910. Pada minggu lalu, pasangan mata wang ini mengalami tekanan besar di tengah gelombang baru coronavirus di Eropah yang melenyapkan keyakinan pasaran ke atas pemulihan blok itu. Menurut kepada statistik, kebangkitan virus gelombang ketiga semakin serius pada minggu ini kerana keadaan kesihatan awam merosot di Perancis dan Jerman. Sebelum ini, Jerman dan Perancis telah memperpanjangkan sekatan penguncian mereka untuk jangka waktu yang lebih lama untuk mengekang penyebaran virus baru.
GBP/USD
Pasangan GBP / USD telah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhan sambil mengakhiri sesi dagangan pada harga 1.3835. Awal minggu lalu, paun sterling menerima momentum kenaikan yang ketara selepas UK dan EU mencapai kesepakatan dalam rundingan mengenai interaksi perkhidmatan kewangan masa depan antara dua negara ini. Pada hujung minggu lalu, UK dan EU telah mencapai memorandum persefahaman (MOU) mengenai perkhidmatan kewangan, namun perjanjian formal belum ditandatangani oleh kedua-dua pihak kerana ia masih dalam proses pengesahan formal. Dengan kesepakatan yang telah dicapai, MOU ini akan menetapkan kerangka untuk kerjasama pengawalseliaan dan forum bersama untuk membincangkan peraturan dan prosedur serta perkongsian informasi yang penting antara kedua- dua negara ini. Perjanjian itu serupa dengan kesepakatan yang ada antara AS dan EU, di mana perjanjian itu akan membolehkan UK mendapat balik akses ke pasaran perkhidmatan kewangan EU. Walaupun begitu, pelabur masih mengawasi perjanjian formal yang dimuktamadkan dan perinciannya untuk mengesahkan kebolehlaksanaan perjanjian tersebut.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 29 – April 2
GOLD
Harga emast telah didagang dengan lebih tinggi sepanjang minggu dan mengakhiri minggu ini dengan keuntungan pada harga 1728.95 setroy auns selepas Biden mengumumkan bahagian pertama rancangan infrastruktur yang berjumlah $ 2 trilion dolar dalam perbelanjaan selama 8 tahun, sambil mendedahkan bahawa pakej akan kemungkinan besar akan dibiayai melalui kenaikan cukai ke atas syarikat dan individu. Secara terperincian, pakej tersebut akan merangkumi perbelanjaan besar untuk infrastruktur pengangkutan seperti jambatan, jalan raya, transit awam, teknologi mesra alam, serta dana tambahan untuk penjagaan anak dan penjagaan orang dewasa untuk orang tua dan orang kurang upaya. Dengan melaksanakan rancangan besar ini, Biden menyatakan bahawa ia dapat bermanfaat AS, menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan terutama pasaran pekerjaan di mana dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan di masa depan. Di sisi lain, Biden mengulangi bahawa sumber kewangan untuk melaksanakan rancangan berbilion trilion ini akan disumbangkan oleh kenaikan kadar cukai syarikat dari 21% ke 28%, sambil mengulangi bahawa keluarga yang berpendapatan lebih tinggi dari 400k setahun akan dikenakan oleh pendapatan cukai yang lebih tinggi. Namun, keuntungan emas terhad berikutan dengan pengeluaran data Nonfarm Payroll dan data pengangguran yang optimis, dimana menekan harga emas ke tahap yang lebih rendah.
Crude Oil
Harga minyak mentah berjaya melanjutkan keuntungannya sambil menutup sesi dagangan dengan kenaikan pada harga 61.05 setong walaupun OPEC + memutuskan untuk secara beransur-ansur mengurangkan pemotongan pengeluaran yang ada mulai bulan depan.
Pada awal minggu ini, komoditi ini mengalami tekanan penjualan yang besar kerana kapal kargo Evergreen di Suez Canal telah berjaya dialihkan dan keadaan lalu lintas di tempat tersebut telah pulih. Sebelum itu, harga minyak melonjak tinggi kerana masalah kapa kargo tersangkut di Terusan Suez telah mengganggu pengangkutan minyak yang menghubungkan Asia dan Eropah. Di samping itu, OPEC dan sekutu-sekutunya telah memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran mereka secara beransur-ansur dalam beberapa bulan yang akan datang sambil menyatakan bahawa mereka masih optimis terhadap prospek pasaran minyak berikutan dengan pelaksanaan vaksin. Secara terperinci, minyak yang sebanyak 350,000 tong sehari akan ditambahkan pada pengeluaran pada bulan Mei dan Jun, dan pengeluraran akan meningkat sebanyak 450,000 tong sehari pada bulan Julai. Lebih-lebih lagi, Arab Saudi menyatakan bahawa mereka akan mulai mengurangkan pelan 1 juta tong sehari pemotongan pengeluarannya secara sukarela pada bulan Mei juga. Walaupun begitu, pelabur tidak banyak terpengaruh dengan keputusan yang mengejutkan daripada OPEC + kerana mereka melihat penyesuaian itu berlaku di tengah pemulihan yang kuat di pasaran minyak.
Setakat ini, para pelabur sedang menunggu lebih banyak pemangkin untuk menentukan arah harga minyak mentah seperti data inventori minyak mentah serta perkembangan penyebaran virus.
Tinjauan Pasaran: April 5 – 9
Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan koronavirus serta data-data ekonomi untuk menentukan arah selanjutnya.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 5 – 9
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 5hb April 2021 | |||||
22:00 | USD | ISM Non-Manufacturing PMI (Mar) | – | 58.5 | 55.3 |
Selasa – 6hb April 2021 | |||||
12:30 | AUD | RBA Interest Rate Decision (Apr) | – | 0.10% | 0.10% |
12:30 | AUD | RBA Rate Statement | – | – | – |
20:00 | CrudeOIL | EIA Short-Term Energy Outlook | – | – | – |
22:00 | USD | JOLTs Job Openings (Feb) | – | – | 6.917M |
Rabu – 7hb April 2021 | |||||
16:30 | GBP | Services PMI (Mar) | – | – | 56.8 |
22:00 | CAD | Ivey PMI (Mar) | – | – | 60.0 |
22:30 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | 0.107M | -0.876M |
Khamis – 8hb April 2021 | |||||
02:00 | USD | FOMC Meeting Minutes | – | – | – |
16:30 | GBP | Construction PMI (Mar) | – | 51.0 | 53.3 |
19:30 | EUR | ECB Monetary Policy Statement | – | – | – |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 650K | 719K |
Jumaat – 9hb April 2021 | |||||
00:00 | USD | Fed Chair Powell Speaks | – | – | – |
20:30 | USD | PPI (MoM) (Mar) | – | 0.5% | 0.5% |
20:30 | CAD | Employment Change (Mar) | – | 09.0K | 259.2K |