83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 April 2021                       Analisis Sesi Petang

 

Dolar tetap disokong oleh prospek positif.

Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat berikutan dengan kenaikan hasil Perbendaharaan dan rangsangan yang berterusan terus menyokong dolar. Dari segi hasil perbendaharaan, keuntungan semalam dalam hasil perbendaharaan AS telah meningkatkan permintaan susulan hasil 10 tahun didagang di antara lingkungan 1.68% dan 1.64%. Di sisi lain, prospek pertumbuhan ekonomi AS yang lebih cepat didorong oleh pakej rangsangan yang besar dan pelancaran vaksinasi yang cepat juga membantu meningkatkan permintaan untuk dolar AS. Presiden Fed Boston Eric Rosengren mengatakan bahawa ekonomi AS dapat melihat pemulihan yang ketara pada tahun ini kerana dasar kewangan dan fiskal yang akomodatif, namun pasaran pekerjaan masih menghadapi kelemahan. Walaupun begitu, pasaran tetap berhati-hati dan menunggu pemangkin selanjutnya untuk mengukur sentimen jangka pendek. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.08% kepada 92.21.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0,69% kepada $60,05 setong semasa penulisan berikutan dengan kenaikan ketegangan di Timur Tengah. Menurut laporan dari Reuters, militan Houthi telah mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan serangan 17 dron dan 2 peluru berpandu ke arah pusat kilang minyak Saudi Aramco di Jubail dan Jeddah. Ketegangan  tersebut dapat mempengaruhi pengeluaran minyak di wilayah ini dan mengurangi bekalan minyak, justerunya ia memberikan dorongan untuk harga komoditi. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.05% kepada $ 1733.89 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – GDP (MoM) -2.9%
16:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb) -2.3% 0.5%
17:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Apr) 76.6 79.5
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Mar) 0.1% 0.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 91.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 92.40.

 

Tahap rintangan: 92.40, 92.85

Tahap sokongan: 91.95, 91.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.3810, 1.3865

Tahap sokongan: 1.3725, 1.3675

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1865.

 

Tahap rintangan: 1.1955, 1.2030

Tahap sokongan: 1.1865, 1.1795

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 109.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 110.05.

 

Tahap rintangan: 110.05, 110.80

Tahap sokongan: 109.20, 108.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7665. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7565.

 

Tahap rintangan: 0.7665, 0.7735

Tahap sokongan: 0.7565, 0.7505

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7060. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.7000.

 

Tahap rintangan: 0.7060, 0.7110

Tahap sokongan: 0.7000, 0.6945

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2570. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2570, 1.2635

Tahap sokongan: 1.2510, 1.2465

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9210. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9280, 0.9360

Tahap sokongan: 0.9220, 0.9185

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 59.85. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 59.85, 61.30

Tahap sokongan: 58.70, 57.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementarai ia sedang menguji tahap rintangan di 1735.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1735.05, 1745.25

Tahap sokongan: 1723.85, 1708.35