83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 April 2021              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: April 19 – April 23

 

Reviu Pasaran (Forex): April 12 – 16

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama terus melanjutkan kerugiannya sepanjang minggu lalu dan mengakhiri pasaran dengan harga 91.47. Walaupun sebahagian besar daripada data penting adalah positif, sentimen terhadap dolar tetap lemah berikutan dengan nada dovish dari Fed.

Dari segi data, AS telah menyaksikan kenaikan dalam tekanan inflasi kerana data Core CPI A.S melebihi jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 0.3% berbanding dengan jangkaan sebanyak0.2%. Data Retail Sales AS juga meningkat dengan ketara kepada 9.8% berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 5.9%. Selain itu, data tuntutan pengangguran mingguan juga bertambah baik dengan 576K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 576K. Namun, data-data positif tersebut tidak dapat meningkatkan sentimen untuk dolar AS disebabkan oleh kenyataan dovish dari Pengerusi Fed Jerome Powell yang telah menurunkan keyakinan pasaran.

Menurut kepada kenyataan dari Jerome Powell minggu lalu, beliau telah menyatakan bahawa AS mengalami tempoh di mana pemulihan ekonomi semakin meningkat dan pekerjaan meningkat dengan ketara. Powell menyatakan bahawa sebelum bank pusat menaikkan kadar faedah di AS, Fed akan mempertimbangkan proses penurunan kadar pembelian bon secara beransur-ansur terlebih dahulu. Beliau juga menyatakan bahawa sebarang keputusan untuk menaikkan kadar faedah adalah bergantung pada keadaan ekonomi semasa. Sebilangan besar daripada anggota Fed berpendapat bahawa bank pusat tidak akan mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar faedah sebelum tahn 2024. Selain itu, Powell menyatakan bahawa Fed memerlukan lebih banyak masa untuk menilai keadaan semasa dan memantau kekuatan pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat.

 

Walaupun dengan latar belakang data yang positif, kenyataan Powell telah menurunkan jangkaan untuk peningkatan kadar faedah yang lebih awal dari yang dijangkakan dan menyebabkan penjualan ke dolar AS sementara pasaran terus menunggu petunjuk yang lebih lanjut untuk menentukan arah masa depan.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah jatuh sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran pada harga 108.77. Oleh kerana kekurangan data utama untuk memberikan petunjuk, pergerakan harga dalam Yen Jepun adalah disebabkan oleh kelemahan dolar yang memberikan dorongan untuk Yen Jepun. Di samping itu, kebimbangan mengenai lonjakan baru dalam kes COVID-19, ketegangan geopolitik dan kebimbangan terhadap kesan sampingan vaksin juga membantu memberikan sokongan kepada Yen sebagai pasaran selamat.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah menyaksikan permintaannya melonjak pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran minggu lalu dengan keuntungan pada harga 1.1981. Dari segi data ekonomi, ia mempunyai keputusan yang bercampuran. Untuk negara Jerman, data Germany ZEW Economic Sentiment telah jatuh ke 70.7 untuk bulan April, lebih tinggi daripada pasaran jangkaan 79.7 sementara data German CPI tetap stabil pada 0.5% dengan tidak berubah. Namun begitu, data adalah positif untuk zon Euro.  Data Industrial Production untuk EU telah meningkat kepada -1.0% berbanding dengan jangkaan sebanyak -1.1% sementara CPI juga stabil pada 0.9%. Peningkatan dalam tekanan inflasi memberikan sokongan EUR pada minggu lalu. Sebaliknya, kelemahan dolar AS juga memberikan dorongan tambahan untuk mata wang Euro.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melambung tinggi pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran pada harga 1.3840. Walaupun dengan keputusan yang bercampuran dalam data ekonomi secara keseluruhan, lonjakan harga dalam pasangan ini kebanyakannya adalah disokong oleh kelemahan dalam dolar AS. Dari segi data, data GDP UK merosot kepada 0.4 % berbanding dengan jangkaan sebanyak 0.6% sementara data Manufacturing Production melebihi jangkaan sebanyak 1.3% berbanding dengan 0.5%. Selain itu, sentimen untuk paun juga disokong oleh perkembangan vaksinasi yang stabil dan pembukaan semula ekonomi UK. Kerajaan UK dijangka membuka semula semua sektor ekonomi menjelang Mei depan sekiranya risiko penularan koronavirus mencapai ke paras minimum.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): April 12 – 16

GOLD

Harga emas telah meningkat dengan ketara sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran pada harga $1776.41. Oleh disebabkan penyusutan dalam nilai dolar AS dan pelbagai faktor risiko seperti koronavirus dan kesan sampingan vaksin, logam kuning tersebut yang bertindak sebagai komoditi selamat telah melihat permintaannya melonjak kerana para pelabur mengalihkan pelaburan mereka kepada pasaran yang selamat. Beberapa negara seperti India dan Brazil telah menyaksikan lonjakan baru dalam kes COVID-19 sementara laporan mengenai kesan sampingan vaksin yang boleh menurunkan program vaksinasi di seluruh dunia juga mencetuskan kebimbangan pasaran.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat sepanjang minggu lalu sambil mengakhiri pasaran dengan harga 63.08 setong susulan dengan data inventori yang positif diikuti dengan ramalan permintaan yang positif dari IEA telah membantu meningkatkan sentimen pasaran dengan ketara. Dari segi data, EIA melaporkan bahawa inventori minyak mentah telah turun sebanyak 5.889 juta tong, lebih tinggi daripada jangkaan untuk pengurangan sekitar 2.889 tong. Di samping itu, International Energy Agency (IEA) juga menyatakan bahawa permintaan dan bekalan minyak mentah global dijangka akan mengimbangi pada separuh kedua tahun ini. IEA berpendapat bahawa pembekal minyak mentah perlu meningkatkan bekalan sebanyak 2 juta tong sehari pada masa depan untuk memenuhi permintaan tinggi di pasaran. Selain itu, ia juga menyatakan bahawa pemulihan ekonomi di China dan AS juga akan meningkatkan permintaan minyak dengan ketara. Menurut kepada data, import minyak mentah dalam China melonjak lebih dari 21% setelah syarikat penapisan minyak meningkatkan operasi mereka.

 

Tinjauan Pasaran: April 19 – April 23

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam vaksin, keadaan COVID-19 dan data-data ekonomi seperti data Initial Jobless Claims untuk menentukan arah selanjutnya.

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia. Selain itu, mereka juga akan terus memantau keadaan di Terusan Suez.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 19 – April 23

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 19hb April 2021
N/A
Selasa – 20hb April 2021
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
09:30 CNY PBoC Loan Prime Rate 3.85%
14:00 GBP Average Earnings Index +Bonus (Feb) 4.8% 4.8%
14:00 GBP Claimant Count Change (Mar) 86.6K
Rabu – 21hb April 2021
06:45 NZD CPI (QoQ) (Q1) 0.7% 0.5%
09:30 AUD Retail Sales (MoM) -0.8%
14:00 GBP CPI (YoY) (Mar) 0.7% 0.4%
18:30 GBP BoE Gov Bailey Speaks
20:30 CAD Core CPI (MoM) (Mar) 0.3%
22:00 CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 USD Crude Oil Inventories -5.889M
23:00 CAD BOC Press Conference
Khamis – 22hb April 2021
19:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Apr) 0.00% 0.00%
20:30 USD Initial Jobless Claims 625K 576K
20:30 EUR ECB Press Conference
22:00 USD Existing Home Sales (Mar) 6.18M 6.22M
Jumaat – 23hb April 2021
14:00 GBP Retail Sales (MoM) (Mar) 1.5% 2.1%
1530 EUR German Manufacturing PMI (Apr) 65.9 66.6
16:30 GBP Manufacturing PMI 58.9
16:30 GBP Services PMI 56.3
22:00 USD New Home Sales 885K 775K