22 April 2021 Analisis Sesi Petang
Paun tetap disokong walaupun dengan data yang kecewa.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain kekal berdaya tahan dan meningkat walaupun dengan data inflasi yang lebih lemah daripada jangkaan. Menurut kepada Statistik Nasional, U.K CPI untuk tahunan telah merosot kepada 0.7%, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.8%. Namun, pasaran kekal tidak berubah dan tetap positif berikutan dengan berita mengenai kerajaan UK untuk membuka semula semua sektor ekonomi pada bulan Mei. Oleh disebabkan pelancaran vaksinasi yang kuat dan kes COVID-19 yang semakin berkurang, sekatan di UK telah dilonggarkan dengan secara beransur-ansur. Perdana Menteri U.K Boris Johnson telah menyatakan sebelum ini bahawa UK akan membuka semula semua sektor ekonomi sekiranya kes jatuh ke tahap minimum. Pembukaan semula ekonomi akan membawa kepada pemulihan yang ketara dalam waktu terdekat, justerunya membantu menyokong sentimen mata wang paun sterling. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.11% kepada $ 1.3941.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.10% kepada $ 60.95 setong semasa penulisan berikutan dengan perbincangan mengenai perjanjian untuk Iran mengeksport minyak mentah. Dalam pertemuan di Vienna, pentadbiran Biden telah memberi isyarat untuk meringankan sekatan terhadap Iran yang telah merugikan ekonomi mereka seperti sektor minyak mentah dan kewangan untuk mengurangkan ketegangan dan memudahkan rundingan mengenai denuklearisasi. Perjanjian tersebut akan membolehkan Iran untuk mengeksport semula minyak mentah dan dijangka akan meningkatkan bekalan minyak mentah sebanyak 2 juta tong sehari di pasaran global. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.05% kepada $ 1794.51 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar yang berterusan.
Today’s Holiday Market Close
Time Market Event
N/A
Today’s Highlight Events
Time Market Event
20:30 EUR ECB Press Conference
Today’s Highlight Economic Data
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Apr) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 576K | 625K | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Mar) | 6.22M | 6.18M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 90.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 91.25, 91.55
Tahap sokongan: 90.95, 90.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3945. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3945, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3910, 1.3865

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2030. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2065.
Tahap rintangan: 1.2065, 1.2100
Tahap sokongan: 1.2030, 1.1990

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 108.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 107.65.
Tahap rintangan: 108.30, 109.20
Tahap sokongan: 107.65, 107.00

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7760. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7760.
Tahap rintangan: 0.7760, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7715, 0.7665

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7170. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7235.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7110

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2510. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2775
Tahap sokongan: 1.2510, 1.2390

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9185. MACD yang menunjukkan isyarat momentum beairsh yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9110.
Tahap rintangan: 0.9185, 0.9220
Tahap sokongan: 0.9110, 0.9030

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 61.35. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 59.85.
Tahap rintangan: 61.35, 62.55
Tahap sokongan: 59.85, 58.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1788.50. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1803.40.
Tahap rintangan: 1803.40, 1816.00
Tahap sokongan: 1788.50, 1768.20