30 April 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS berayun susulan dengan data ekonomi yang bercampur.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama pada mulanya didagang dengan lebih tinggi selepas AS mengeluarkan data GDP pada bacaan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Menurut kepada Biro Analisis Ekonomi, GDP untuk suku pertama tahun 2021 di AS melonjak 6.4%, secara tidak dijangka lebih kuat daripada ramalan ekonomi pada 6.1% dan bacaan sebelumnya pada 4.3%. Kegiatan ekonomi di AS melonjak mulai tahun 2021 disebabkan oleh usaha program vaksinasi yang sedang berlangsung dan lebih banyak perbelanjaan kerajaan telah mendorong kepantasan pemulihan. Selain itu, peningkatan GDP juga disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan pengguna, aliran masuk modal tempatan dan asing ketika optimisme pasaran terhadap prospek ekonomi AS masa depan menjadi semakin cerah berikutan dengan jumlah kes dan kematian akibat Covid-19 di AS menurun dengan ketara. Dengan isyarat pemulihan yang kuat di AS, hasil perbendaharaan AS yang berjanka 10 tahun juga melonjak tajam ke tahap 1.65%, yang mencetuskan beberapa permintaan bullish di pasaran dolar AS. Walau bagaimanapun, kenaikan dolar terhad selepas data Pending Home Sales melaporkan bacaan rendah pada 1.9%, sementara jangkaan ahli ekonomi pasaran berada pada 5.0%. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.03% ke 90.65.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.06% ke $64.85 setong kerana dolar AS yang murah dan jangkaan pemulihan yang kuat di pasaran minyak terus menimbang pada pasaran minyak, dan mengabaikan kebimbangan terhadap lonjakan kes India dan Brazil. Selain itu, harga emas menyusut 0.01% ke $1772.10 setroy auns di tengah kelemahan dolar AS.
Today’s Holiday Market Close
Time Market Event
N/A
Today’s Highlight Events
Time Market Event
N/A
Today’s Highlight Economic Data
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 16:00 | EUR – German GDP (QoQ)(Q1) | 0.3% | -1.5% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY)(Apr) | 1.3% | 1.6% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM)(Feb) | 0.7% | 0.5% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berdekatan tahap sokongan di 90.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 90.70, 90.95
Tahap sokongan: 90.45, 90.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3945. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3910.
Tahap rintangan: 1.3945, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3910, 1.3865

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2135. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.2135, 1.2225
Tahap sokongan: 1.2065, 1.1990

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 108.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 109.20.
Tahap rintangan: 109.20, 110.05
Tahap sokongan: 108.30, 107.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokognan di 0.7760. However, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.7805, 0.7865
Tahap sokongan: 0.7760, 0.7710

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7235. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7300.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7360
Tahap sokongan: 0.7235, 0.7170

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2390. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2255.
Tahap rintangan: 1.2390, 1.2510
Tahap sokongan: 1.2255, 1.2105

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9110. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9030.
Tahap rintangan: 0.9110, 0.9185
Tahap sokongan: 0.9030, 0.8920

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 64.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 66.25, 67.60
Tahap sokongan: 64.25, 62.20

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1766.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1787.05, 1803.40
Tahap sokongan: 1767.60, 1755.60