5 Mei 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak susulan dengan Yellen mendorong kenaikan kadar faedah.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama dapat melanjutkan momentum kenaikkannya ketika menguji tahap tertinggi baru-baru ini berdekatan 91.25 selepas Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen menghantar isyarat hawkish ke pasaran dolar. Semalam, Yellen mendedahkan bahawa kadar faedah harus dinaikkan untuk menjaga kadar pertumbuhan ekonomi sambil mengelakkan risiko ‘overheating’ berlaku. Komennya berasal dari pandangan terhadap potensi risiko bahawa pelaksanaan rangsangan perbelanjaan dan pakej yang berjumlah triliun dolar dapat merusak pemulihan ekonomi AS. Setakat ini, Federal Reserve (Fed) masih mengekalkan kadar faedahnya pada tahap 0% sejak setahun yang lalu, walaupun ekonomi AS kini berkembang pada kadar terpantas dalam 40 tahun. Selain itu, Ketua Fed Jerome Powell telah mengulangi pada mesyuarat FOMC bahawa mereka akan tetap menerapkan dasar monetari yang akomodatif sampai “kemajuan lebih besar” dalam pemulihan ekonomi dapat dilihat sambil masih menyasar kadar pekerjaan yang penuh dan 2% kadar inflasi. Oleh kerana komen hawkish dari Yellen bertentangan dengan pandangan Jerome Powell, sentimen pasaran dolar berubah wangi kerana ia telah menaikkan jangkaan kenaikan kadar faedah dalam mesyuarat FOMC berikutnya. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar meningkat 0.01% ke 91.25.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.19% ke $66.25 setong di tengah-tengah penarikan mengejut dalam tahap inventori minyak mentah. Menurut kepada API, data Inventori Minyak Mentah AS dibebaskan pada -7.7M, menandakan penurunan yang lebih besar dibandingkan dengan ramalan ahli ekonomi pada 4.319M, kebimbangan pasaran terhadap ketidakseimbangan pasaran minyak berkurang. Selain itu, harga emas menyusut 0.02% ke $1778.50 setroy auns di tengah komen positif Yellen telah menurunkan daya tarikan aset selamat.
Today’s Holiday Market Close
Time Market Event
N/A
Today’s Highlight Events
Time Market Event
N/A
Today’s Highlight Economic Data
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Apr) | 517K | 815K | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Apr) | 63.7 | 64.3 | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 0.090M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 91.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 91.25, 91.60
Tahap sokongan: 90.95, 90.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3880. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3925.
Tahap rintangan: 1.3925, 1.4005
Tahap sokongan: 1.3880, 1.3840

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2065. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1990.
Tahap rintangan: 1.2065, 1.2135
Tahap sokongan: 1.1990, 1.1915

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 109.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.20, 110.05
Tahap sokongan: 108.30, 107.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7700. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.7760.
Tahap rintangan: 0.7760, 0.7805
Tahap sokongan: 0.7700, 0.7665

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.7150. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7195.
Tahap rintangan: 0.7195, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7150, 0.7110

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2255. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2390.
Tahap rintangan: 1.2390, 1.2510
Tahap sokongan: 1.2255, 1.2105

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9110. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9185.
Tahap rintangan: 0.9185, 0.9220
Tahap sokongan: 0.9110, 0.9030

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 66.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 66.25, 67.60
Tahap sokongan: 64.25, 62.20

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1787.05, 1794.65
Tahap sokongan: 1766.25, 1755.60