07 May 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun Sterling menyusut susulan dengan penyataan dovish dari BoE.
Paun Sterling telah didagang dengan lebih rendah semalam selepas Bank Pusat UK mengekalkan kadar faedahnya pada 0.10% sementara menetapkan sasaran inflasi UK pada 2% untuk memberangsangkan pertumbuhan ekonomi dan juga pekerjaan di negara UK. Tambahan pula, Bank Pusat UK telah mengurangkan pembelian bonnya dari £ 4.4 bilion menjadi £ 3.4 bilion untuk memenuhi sasaran akhir tahun £ 857 bilion yang tidak berubah. Selain itu, Bank Pusat UK juga meningkatkan sasaran inflasi dengan meramalkan indeks harga pengguna akan melonjak ke atas sasaran 2% menjelang akhir tahun. Walau bagaimanapun, sama dengan Federal Reserve, Bank Pusat UK percaya bahawa kadar inflasi akan distabilkan pada masa yang akan datang. Sementara kini, para pelabur menjangkakan bahawa Bank Pusat UK akan terus melonggarkan dasar monetari dalam jangka panjang, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas Paun Sterling. Dari segi data ekonomi, Paun Sterling telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Markit Economics, UK Composite Purchasing Managers’ Indeks (PMI) telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 56.4 ke bacaan sebanyak 60.7, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 60.0. Sementara kini, UK Services Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 61.0, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 60.1. Semasa penulisan, GBP/USD menyusut sebanyak 0.08% ke 1.3895.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.11% ke $64.90 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara di negara India telah mencetuskan prospek negatif ke atas permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.03% ke $1814.70 se troy auns semasa penulisan susulan dengan para pelabur khuatir terhadap risiko inflasi pada masa yang akan datang, yang mendorong mereka untuk mengalihkan pelaburan ke aset selamat emas untuk melindungi risiko inflasi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Apr) | 61.7 | 62.5 | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Apr) | 916K | 978K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Apr) | 6.0% | 5.7% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Apr) | 303.1K | -187.5K | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Apr) | 72.9 | 60.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 90.80. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 91.30, 91.75
Tahap sokongan: 90.80, 90.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3910. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3800.
Tahap rintangan: 1.3910, 1.4000
Tahap sokongan: 1.3800, 1.3755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2065. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2065, 1.2130
Tahap sokongan: 1.1985, 1.1920

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 109.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.65, 110.35
Tahap sokongan: 109.45, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7755. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7815.
Tahap rintangan: 0.7815, 0.7850
Tahap sokongan: 0.7755, 0.7695

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7235. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7320
Tahap sokongan: 0.7110, 0.7015

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2145. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2385, 1.2625
Tahap sokongan: 1.2145, 1.1870

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9075. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9155, 0.9225
Tahap sokongan: 0.9075, 0.8985

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 66.15. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 63.50.
Tahap rintangan: 66.15, 67.80
Tahap sokongan: 63.50, 60.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1816.90. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1816.90, 1841.65
Tahap sokongan: 1794.40, 1765.90