83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Mei 2021                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 10 – 14

Reviu Pasaran (Forex): Mei 3 – 8

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah merosot dengan ketara pada minggu lalu susulan dengan latar belakang data ekonomi yang lemah dari wilayah A.S dan menurunkan optimisme pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat sambil mencetuskan momentum penurunan pada dolar AS. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 90.10.

 

Untuk minggu lalu, sebahagian besar daripada data pekerjaan telah dikuasai oleh bacaan yang suram, walaupun beberapa keputusan adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran. Wabak koronavirus telah memusnahkan ekonomi A.S. sementara berjuta-juta orang Amerika dijangka kehilangan pekerjaan kerana krisis pandemik. Menurut kepada Biro Statistik Tenaga Kerja, data NonFarm Payroll telah jatuh dengan ketara dari bacaan awal sebanyak 770K kepada 266K, lebih teruk daripada jangkaan pasaran pada 978K. Sementara itu, kadar pengangguran AS juga meningkat dari bacaan sebelumnya sebanyak 6.0% kepada 6.1% yang juga lebih teruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 5.8%. Oleh kerana kedua-dua data ekonomi yang penting tersebut adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan, ia telah memacu sentimen negatif terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat.

 

Sebenarnya, data-data yang kecewa ini akan mendorong jangkaan kepada Fed bahawa mereka akan terus menetapkan dasar kewangan yang longgar untuk meningkatkan momentum ekonomi dan mencetuskan risiko inflasi di Amerika Syarikat di masa depan. Sebelum ini, bank pusat AS berjanji bahawa mereka akan terus mempertahankan program pelonggaran kuantitatifnya sehingga perkembangan yang “jauh lebih besar” dapat dicapai dalam kadar pekerjaan dan inflasi. Jawatankuasa berusaha untuk mencapai pekerjaan dan inflasi yang maksimum pada kadar 2% dalam jangka panjang. Dengan prospek rangsangan bantuan yang besar, pasaran indeks dolar dijangka akan menurun karena sejumlah besar mata wang dolar dijangka akan disuntik ke dalam pasaran dan mengurangi daya tarikan dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih  rendah minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 108.35. Momentum penurunan secara keseluruhan bagi pasangan ini kebanyakannya adalah disebabkan oleh kelemahan dolar AS. Selain itu, peningkatan dalam jumlah kes Covid-19 di India juga mendorong sentimen pengelakan risiko di pasaran kewangan global yang mendorong para pelabur untuk memilih  untuk menyimpan aset selamat seperti Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melonjak pada minggu lalu semasa menutup sesi perdagangan Jumaat lalu dengan harga 1.2165. Momentum kenaikan secara keseluruhan dalam pasangan ini adalah disebabkan oleh kelemahan dalam mata wang persaingannya, terutamanya dalam dolar AS. Di samping itu, mata wang Euro mendapat momentum kenaikan harga di tengah-tengah kadar vaksinasi yang semakin cepat dan boleh membuka prospek kepada pelonggaran sekatan dan pemulihan ekonomi. Menurut kepada Reuters, Jerman dan Itali telah mencatatkan rekod dalam memberi sejumlah vaksinasi Covid-19. Selain itu, kapasiti pengeluaran vaksin telag meningkat dua kali lipat setiap bulan sejak Januari di wilayah Eropah, sementara Komisioner EU Thierry Breton mendakwa bahawa EU akan mempunyai dos vaksin yang mencukupi untuk memberi vaksin kepada 70% orang dewasa pada pertengahan Julai.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melonjak pada minggu lalu sambil menutup pasaran pada harga 1.4025. Sumbangan utama bagi momentum kenaikan tersebut adalah dari kelemahan dolar AS sepenuhnya. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh GBP/USD telah dihadkan di tengah-tengah kebimbangan terhadap strategi yang dovish dari BoE yang mengurangkan daya tarikan mata wang Paun Sterling. Minggu lalu, bank pusat England mengekalkan kadar faedahnya pada 0.10% sambil menetapkan sasaran inflasi di UK pada 2% untuk mempertahankan pertumbuhan ekonomi dan juga kadar pekerjaan. Selain itu, bank pusat juga meningkatkan sasaran inflasi dan meramalkan indeks harga pengguna akan melonjak untuk sementara ke atas sasaran 2% menjelang akhir tahun. Sama seperti Fed, BoE membuat spekulasi bahawa kadar inflasi akan habis di masa depan. Walaupun demikian, para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terbaru berkenaan dengan kenyataan BoE serta data ekonomi penting dari wilayah UK untuk mengukur pergerakan yang berpotensi untuk paun sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 3 – 8

GOLD

Harga emas telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat dengan harga $1840.05 se troy auns susulan dengan sentimen penghindaran risiko di pasaran FX yang disebabkan oleh data ekonomi penting yang kecewa dikeluarkan dari wilayah A.S. Para pelabur menjangkakan bahawa bank pusat Fed adalah lebih cenderung untuk melaksanakan program pelonggaran kuantitatif dalam jangka panjang sambil menyuntikkan sejumlah besar mata wang dolar AS ke dalam pasaran kewangan untuk meningkatkan prospek ekonomi A.S. Sesungguhnya, rancangan rangsangan kewangan yang agresif seperti itu akan mendorong risiko inflasi yang tinggi di masa depan dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke arah aset selamat seperti emas untuk melindungi diri dari risiko inflasi. Buat masa ini, para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terkini mengenai data ekonomi dan juga perkembangan Covid-19 agar dapat mendapat isyarat perdagangan lebih lanjut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah mendapat momentum kenaikan pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $65.55 setong. Pasaran minyak telah didagang dengan  lebih tinggi dengan latar belakang data inventori minyak mentah yang positif dan mencetuskan prospek yang positif untuk permintaan minyak. Menurut kepada American Petroleum Institute, data API Weekly Crude Oil Stock AS turun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 4.319M kepada -7.688M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak -2.191M. Selain itu, Energy Information Administration (EIA) melaporkan bahawa inventori minyak mentah AS telah jatuh kepada -7.990M, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran pada -2.346M.

 

Tinjauan Pasaran: Mei 10 – 14

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan terbaru yang berkaitan dengan wabak koronavirus, rangsangan ekonomi dari bank pusat global dan data-data ekonomi seperti data UK GDP dan sebagai untuk menentukan arah selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia. Selain itu, para juga akan memberi perhatian kepada pertemuan antara OPEC + dan Rusia yang dijadualkan pada hari Khamis ini untuk mengukur pergerakan yang berpotensi untuk komoditi minyak.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 10 – 14

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 10hb Mei 2021
N/A
Selasa – 11hb Mei 2021
15:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (May) 71.0 70.7
20:00 CrudeOIL EIA Short-Term Energy Outlook
22:00 USD JOLTs Job Openings (Mar) 7.500M 7.367M
22:30 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Rabu – 12hb Mei 2021
14:00 GBP GDP (QoQ) (Q1) -1.7% 1.3%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Mar) 1.0% 1.3%
17:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
20:30 USD Core CPI (MoM) (Apr) 0.3% 0.3%
22:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -2.346M -7.990M
Khamis – 13hb Mei 2021
20:30 USD Initial Jobless Claims 500K 498K
20:30 USD PPI (MoM) (Apr) 0.3% 1.0%
Jumaat – 14hb Mei 2021
00:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
19:30 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:30 USD Core Retail Sales (MoM) (Apr) 0.9% 8.4%
20:30 USD Retail Sales (MoM) (Apr) 0.2% 9.7%