83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Mei 2021                        Analisis Sesi Petang

 

Mata wang Aussie berundur susulan data inflasi yang bercampuran.

Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah berundur dari tahap tinggi selepas pembebasan data inflasi China untuk bulan April baru-baru ini. Menurut kepada Biro Statistik Nasional China, CPI China telah menyusut kepada -0.3%, lebih lemah daripada jangkaan pasaran sebanyak -0.41. CPI untuk tahunan juga merosot kepada 0.09% yang tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak 1%. Walaupun PPI telah meningkat sedikit lebih tinggi dengan bacaan sebanyak 6.8% berbanding dengan jangkaan sebanyak 6.6%, data  tersebut tidak dapat mencetuskan sebarang reaksi untuk pasangan tersebut. Di samping itu, sentimen pasaran juga mengimbangi pasangan ini susulan dengan suasana bertukar suram disebabkan oleh kebimbangan mengenai langkah seterusnya bank pusat global kerana risiko inflasi. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.03% kepada 0.7838.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.68% kepada $ 64.44 setong susulan dengan kebimbangan terhadap kenaikan bekalan dan koronavirus. Menurut kepada laporan, OPEC + telah membekalkan 25.28 juta tong sehari, 80.000 tong lebih tinggi dari bulan Mac yang lalu. Di samping itu, peningkatan dalam kes koronavirus di seluruh dunia terutamanya di India dan Jepun juga memberi tekanan yang lebih tinggi kepada harga minyak. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.09% kepada $ 1836.45 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah kelemahan dolar yang berterusan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan
15:00 German ZEW Economic Sentiment (May) 70.7 71.0
20:00 EIA Short-Term Energy Outlook
22:00 JOLTs Job Openings (Mar) 7.367M 7.500M
22:30 BoE Gov Bailey Speaks

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 90.15. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 90.65.

 

Tahap rintangan: 90.65, 91.30

Tahap sokongan: 90.15, 89.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.4090. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal kembali ke arah tahap 1.4090.

 

Tahap rintangan: 1.4190, 1.4280

Tahap sokongan: 1.4090, 1.4000

 

EURUSD, H4: EURUSD kekal di dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2125. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2180, 1.2230

Tahap sokongan: 1.2125, 1.2065

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 109.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.05, 109.75

Tahap sokongan: 108.45, 107.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7860 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7805.

 

Tahap rintangan: 0.7860, 0.7925

Tahap sokongan: 0.7805, 0.7760

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7280. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7220.

 

Tahap rintangan: 0.7280, 0.7330

Tahap sokongan: 0.7220, 0.7145

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2150. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap 1.2150.

 

Tahap rintangan: 1.2150, 1.2270

Tahap sokongan: 1.2030, 1.1915

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9020. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9020, 0.9135

Tahap sokongan: 0.8950, 0.8880

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 64.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 66.60, 67.85

Tahap sokongan: 64.40, 62.35

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1836.95. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1813.85.

 

Tahap rintangan: 1836.95, 1854.05

Tahap sokongan: 1813.85, 1795.25