17 Mei 2021 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 17 – 21
Reviu Pasaran (Forex): Mei 10 – 14
US Dollar
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyerahkan sebahagian besar daripada keuntungannya selepas kenaikan yang mendadak pada separuh awal minggu lalu, tetapi masih mengakhiri minggu lalu dengan keuntungan pada harga 90.23 susulan dengan pasaran menghadamkan data ekonomi dan impak yang berpontensi terhadap inflasi.
Untuk minggu lalu, sebahagian besar daripada data adalah cenderung kepada positif. Data pekerjaan seperti JOLTS Jobs Opening dan Initial Jobless Claims telah memberi bacaan yang lebih baik daripada jangkaan dengan bacaans sebanyak 8.123M berbanding dengan jangkaan sebanyak 7.500M dan 473K berbanding dengan jangkaan sebanyak 490K masing-masing. Data Core CPI yang dikeluarkan pada hari Rabu lalu juga meningkat ke tahap tertinggi dalam 12 bulan kepada 0.9%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 0.3%. PPI juga melonjak lebih tinggi daripada jangkaan dengan 0.6% berbanding dengan jangkaan sebanyak 0.3%. Mengikuti isyarat tekanan inflasi dari CPI dan PPI, pasaran percaya bahawa Fed berkemungkinan akan meningkatkan kadar faedah untuk mengatasi inflasi, justerunya menyebabkan dolar melonjak selepas keluaran data inflasi.
Tetapi, kenaikan dolar tidak dapat dikekalkan dengan lama susulan dengan pegawai Fed menunjukkan bahawa lonjakan inflasi telah dijangkakan dan berkemungkinan cuma akan kekal untuk sementara. Menurut kepada Gabenor Fed Christopher Waller, Fed perlu melihat data pekerjaan dan inflasi selama beberapa bulan sebelum menentukan sama ada untuk mengubahkan dasar kewangan yang longgarnya. Selepas itu, dolar AS mengalami tekanan penjualan yang besar. Pada hari Jumaat, data Retail Sales yang kecewa juga menyumbang kepada kejatuhan susulan dengan data memberi bacaan yang lebih rendah pada 0.0% berbanding dengan jangkaan sebanyak 1.0%.
Namun, dengan latar belakang perkembangan vaksinasi AS yang kukuh dan kes yang menyusut dalam COVID-19, pasaran kekal berharap bahawa tekanan inflasi akan meningkat dengan perlahan-lahan di AS dan berpotensi menyebabkan perubahan nada dalam dasar kewangan dalam waktu terdekat. Para pelabur kini mencari petunjuk yang lebih lanjut dari lebih banyak data A.S.
USD/JPY
Pasangan USD / JPY telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan minggu lalu sebelum mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 109.33. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan ini kebanyakannya adalah disebabkan oleh kekuatan dolar pada awal minggu lalu. Di samping itu, berita mengenai peningkatan dalam kes koronavirus di Jepun juga mencetuskan tekanan penjualan untuk Yen Jepun susulan hospital di Jepun dilaporkan mengalami beban yang terlalu banyak.
EUR/USD
Pasangan EUR / USD berjaya mengembalikan sebahagian besar daripada kerugiannya pada hari Jumaat, tetapi masih mengakhiri minggu lalu dengan kerugian dengan harga 1.2144. Disebabkan oleh kekurangan pemangkin utama, momentum keseluruhan untuk pasangan ini disebabkan oleh pengukuhan nilai dalam mata wang persaingannya, terutama dalam dolar AS. Dari segi data, data German ZEW Economic Sentiment meningkat kepada 84.4, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 72.0.
GBP/USD
Pasangan GBP / USD telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu lalu sambil menutup pasaran pada 1.4096. Mengikuti latar belakang pembukaan semula ekonomi dan program vaksinasi yang kuat, pasangan ini terus disukai oleh pasaran. Di samping itu, komen positif dari pegawai UK juga memberi dorongan untuk pasangan ini. Menurut kepada Menteri Vaksin UK Nadhim Zahawi, beliau menjangkakan peta jalan untuk pembukaan ekonomi akan kekal berjalan dan vaksin akan terus diberikan walaupun ada kebimbangan mengenai varian India. Dari segi data, GDP UK meningkat kepada -1.5%, lebih baik daripada jangkaan pasaran 1.6%.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 10 – 14
GOLD
Harga emas terus mencatat keuntungan untuk minggu kedua sambil menutup pasaran pada hari Jumaat dengan harga $1843.25 se troy auns susulan dengan komen dari pegawai Fed dan Jabatan Perdagangan mengurangkan jangkaan inflasi. Setelah data menunjukkan tanda-tanda kenaikan inflasi, para pelabur menjangkakan bahawa Fed adalah lebih cenderung untuk meningkatkan keputusan kadar faedah dalam waktu terdekat. Namun, Gabenor Fed Christopher Waller menyatakan bahawa bank pusat perlu melihat data pekerjaan dan inflasi selama beberapa bulan sebelum memutuskan untuk membuat sebarang perubahan dalam dasar kewangannya. Buat masa ini, pelabur akan terus meneliti perkembangan terkini mengenai data ekonomi dan juga perkembangan Covid-19 agar dapat menerima isyarat perdagangan lebih lanjut.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah meningkat untuk minggu ketiga berturut-turut sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $65.47 setong. Pasaran minyak mengalami sesi perdagangan yang agresif pada minggu lalu di tengah-tengah tema yang bertentangan seperti serangan siber, COVID-19 India dan data yang campuran. Pada minggu lalu, Colonial Pipeline telah mengalami serangan siber yang menyebabkan saluran paipnya ditutup dan menjejaskan bekalan minyak yang membantu memberikan sokongan kepada harga minyak. Namun, saluran paip telah dipulihkan sepenuhnya pada hari Khamis. Sebaliknya, kes coronavirus tetap tinggi dalam pengguna minyak utama India yang terus mencetuskan kebimbangan permintaan kerana India melaporkan 300,000+ kes dan melebihi 24 juta tanda dalam jumlah kes. Di dalam data, API dan EIA juga melaporkan pengurangan dalam bekalan, walaupun EIA adalah sedikit lebih rendah daripada jangkaan pasaran.
Tinjauan Pasaran: Mei 17 – 21
Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan terbaru yang berkaitan dengan wabak koronavirus, mesyuarat dan keputusan FOMC dan data-data ekonomi seperti Initial Jobless Claims dan sebagai untuk menentukan arah selanjutnya.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 17 – 21
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 17hb Mei 2021 | |||||
N/A | |||||
Selasa – 18hb Mei 2021 | |||||
07:50 | JPY | GDP (QoQ) (Q1) | – | -1.2% | 2.8% |
09:30 | AUD | RBA Meeting Minutes | – | – | – |
14:00 | GBP | Average Earnings Index +Bonus (Mar) | – | 4.6% | 4.5% |
14:00 | GBP | Claimant Count Change (Apr) | – | – | 10.1K |
20:30 | USD | Building Permits (Apr) | – | 1.770M | 1.759M |
Rabu – 19hb Mei 2021 | |||||
14:00 | GBP | CPI (YoY) (Apr) | – | 1.4% | 0.7% |
17:00 | EUR | CPI (YoY) (Apr) | – | 1.6% | 1.6% |
20:30 | CAD | Core CPI (MoM) (Apr) | – | – | 0.3% |
22:30 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | – | -0.427M |
Khamis – 20hb Mei 2021 | |||||
02:00 | USD | FOMC Meeting Minutes | – | – | – |
09:30 | AUD | Employment Change (Apr) | – | 15.0K | 70.7K |
10:00 | NZD | Annual Budget Release | – | – | – |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 450K | 473K |
20:30 | USD | Philadelphia Fed Manufacturing Index (May) | – | 43.0 | 50.2 |
Jumaat – 21hb Mei 2021 | |||||
14:00 | GBP | Retail Sales (MoM) (Apr) | – | 4.0% | 5.4% |
15:30 | EUR | German Manufacturing PMI (May) | – | 65.8 | 66.2 |
16:30 | GBP | Manufacturing PMI (May) | – | 60.7 | 60.7 |
16:30 | GBP | Services PMI (May) | – | 60.1 | 60.1 |
20:30 | CAD | Core Retail Sales (MoM) (Mar) | – | 2.0% | 4.8% |
22:00 | USD | Existing Home Sales (Apr) | – | 6.09M | 6.01M |