18 Mei 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie meningkat susulan minit RBA yang optimis.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah meningkat selepas mendapat manfaat daripada minit mesyuarat dasar kewangan terbaru RBA. Bank pusat meninggalkan kadar utamanya pada 0.1% dengan tidak berubah untuk bulan kelima berturut-turut dan menyebut kesediaan untuk mengubah pembelian bon sekiranya diperlukan. Menurut kepada minit mesyuarat, bank pusat tidak berkemungkinan akan meningkatkan suku bunga sebelum 2024. Namun, bank pusat menolak sebarang rancangan untuk perubahan dalam keluk hasil. Walaupun tidak ada keputusan untuk melanjutkan dasar kewangan untuk masa ini, kenyataan yang tegas mengenai perubahan keluk hasil telah membantu meningkatkan keyakinan dan memberikan dorongan untuk dolar Australia. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat sebanyak 0.35% kepada 0.7787.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.09% kepada $ 66.44 setong semasa penulisan berikutan dengan optimisme terhadap pembukaan semula ekonomi dari negara-negara seperti UK dan EU. Ekonomi UK telah mula untuk dibuka semula dan memberikan 65 juta orang kebebasan setelah penutupan COVID-19 selama empat bulan. Perancis dan Sepanyol juga melonggarkan sekatan dan Portugal serta Belanda telah membuka perjalanan yang dapat meningkatkan permintaan bahan bakar. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.17% kepada $1870.00 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Mar) | 4.5% | 4.6% | – |
| 14:00 | GBP – Claimant Count Change (Apr) | 10.1K | – | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Apr) | 1.759M | 1.770M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 90.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.70.
Tahap rintangan: 90.45, 91.30
Tahap sokongan: 89.70, 89.25

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.4165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4165, 1.4280
Tahap sokongan: 1.4100, 1.4025

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2130. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2180.
Tahap rintangan: 1.2180, 1.2230
Tahap sokongan: 1.2130, 1.2065

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 109.05. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap skongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.75, 110.45
Tahap sokongan: 109.05, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7805. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7805, 0.7860
Tahap sokongan: 0.7760, 0.7700

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7225. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7280.
Tahap rintangan: 0.7280, 0.7330
Tahap sokongan: 0.7225, 0.7145

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2030. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2135, 1.2270
Tahap sokongan: 1.2030, 1.1915

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9010. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.9080.
Tahap rintangan: 0.9080, 0.9135
Tahap sokongan: 0.9010, 0.8950

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 66.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 66.60, 67.85
Tahap sokongan: 64.25, 62.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1863.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1877.00.
Tahap rintangan: 1877.00, 1894.55
Tahap sokongan: 1863.25, 1846.00