19 Mei 2021 Analisis Sesi Pagi
Pasaran menunggu minit mesyuarat FOMC.
Dolar AS masih menerima tekanan menurun sementara para pelabur menunggu pembebasan minit mesyuarat FOMC bagi menentukan arah alirannya. Terdahulu, ahli Fed telah menegaskan pandangan mereka untuk mengekalkan kelonggaran dasar kewangan untuk tempoh masa yang lebih panjang sehingga kesemua aspek ekonomi stabil dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Selain itu, beberapa ahli Fed juga menyatakan bahawa mereka perlu memantau perkembangan mengenai momentum pemulihan ekonomi di AS bagi memastikan transisi yang lancar dan mengurangkan kemungkinan untuk mengambil tindakan terlalu awal. Komen mereka adalah bercanggahan dengan spekulasi pasaran yang mengharapkan pengetatan dasar lebih awal daripada jangkaan berikutan dengan peningkatan kadar inflasi baru-baru ini. Namun, Pengerusi Fed Jerome Powell memberi komen bahawa ekonomi dan fundamental AS adalah mampan untuk menghadapi peningkatan kadar inflasi di atas paras 2% bagi memastikan stabilitinya bagi jangka panjang. Sementara itu, euro telah melanjutkan kenaikannya semasa sesi Asia selepas Perancis dan Jerman mengumumkan untuk melonggarkan SOP penjarakan sosial. Para pelabur berharap bahawa tindakan tersebut akan membantu untuk meningkatkan momentum pemulihan ekonomi bagi jangka pertengahan dan mengurangkan risiko kemelesetan. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.01% ke 89.72 sementara EUR/USD meningkat sebanyak 0.02% ke 1.222.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.05% ke $65.27 setong. Harga minyak telah menerima tekanan bearish selepas diplomat Rusia Milkhail Ulyanov mencadangkan Iran untuk menyertai semula perjanjian denuklearisasi global bagi memastikan kedamaian. Tindakan tersebut akan membatalkan sanksi AS terhadap Iran dan membenarkannya untuk mengeksport minyak mentah ke negara yang lain. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,868.94 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 (20hb) USD FOMC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – CPI (YoY) (Apr) | 0.7% | 1.4% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Apr) | 1.6% | 1.6% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Apr) | 0.3% | – | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -0.427M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 90.00, 90.25
Tahap sokongan: 89.70, 89.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.4255, 1.4345
Tahap sokongan: 1.4180, 1.4105

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas melantun dari tahap sokongan 1.2125. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2230, 1.2270
Tahap sokongan: 1.2170, 1.2125

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.00, 109.25
Tahap sokongan: 108.85, 108.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7805, 0.7850
Tahap sokongan: 0.7755, 0.7700

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7270
Tahap sokongan: 0.7190, 0.7145

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2080, 1.2180
Tahap sokongan: 1.2010, 1.1900

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.8985, 0.9000
Tahap sokongan: 0.8960, 0.8940

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 65.50, 66.50
Tahap sokongan: 64.40, 63.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 1863.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bullish divergence mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1880.00, 1895.00
Tahap sokongan: 1863.25, 1845.00