20 Mei 2021 Analisis Sesi Pagi
Fed bakal membincang mengenai pengetatan dasar.
Dolar AS melantun dengan ketara dari paras rendahnya susulan dengan pembebasan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi. Menurut kepada minit mesyuarat bagi bulan April, beberapa ahli Fed mencadangkan untuk membincang mengenai penurunan jumlah pembelian bon berikutan dengan pemulihan ekonomi di AS. Namun, cadangan tersebut telah dibuat sebelum pembebasan laporan Nonfarm Payrolls bagi bulan April yang memaparkan penambahan pekerjaan di bawah jangkaan para pelabur. Beberapa ahli Fed memberi komen bahawa penurunan pada jumlah pembelian bon harus dilaksanakan bagi mengelak daripada berlakunya peningkatan kadar inflasi yang mendadak. Namun, ahli Fed James Bullard memberi komen pada semalam bahawa rundingan mengenai pengetatan dasar adalah terlalu awal dan mereka memerlukan masa yang lebih lama bagi memastikan kestabilan ekonomi. Selain itu, Bullard juga menegaskan bahawa jangkaan terhadap ekonomi akan menjadi lebih jelas selepas krisis koronavirus di AS telah ditangani. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.02% ke 90.11 semasa sesi dagangan Asia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.04% ke $68.35 setong. Niaga hadapan minyak menerima tekanan bearish berikutan dengan peningkatan kes koronavirus di Asia yang boleh menjejaskan permintaan minyak mentah dari rantau tersebut. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke $1,868.40 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 473K | 450K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (May) | 50.2 | 43.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 90.25, 90.45
Tahap sokongan: 90.00, 89.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 1.4105.
Tahap rintangan: 1.4180, 1.4255
Tahap sokongan: 1.4105, 1.4025

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 1.2170.
Tahap rintangan: 1.2230, 1.2270
Tahap sokongan: 1.2170, 1.2125

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 109.25.
Tahap rintangan: 109.25, 109.45
Tahap sokongan: 109.00, 108.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7755, 0.7805
Tahap sokongan: 0.7700, 0.7655

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7190, 0.7240
Tahap sokongan: 0.7145, 0.7110

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2180, 1.2270
Tahap sokongan: 1.2080, 1.2010

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.9045.
Tahap rintangan: 0.9045, 0.9070
Tahap sokongan: 0.9025, 0.9000

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 64.40, 65.50
Tahap sokongan: 63.25, 62.20

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 1863.25.
Tahap rintangan: 1880.00, 1895.00
Tahap sokongan: 1863.25, 1845.00