83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Mei 2021                        Analisis Sesi Pagi

Paun kekal bullish di tengah perkembangan vaksin Covid-19 yang positif.

Trend keseluruhan untuk pasangan GBP/USD kekal bullish pada minggu yang lalu di tengah-tengah prospek positif vaksinasi Covid-19 di negara UK telah mencetuskan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi. Walau bagaimanapun, Paun Sterling telah kembali dari tahap tinggi baru-baru ni susulan dengan pembetulan teknikal. Dari segi data-data ekonomi yang penting, ekonomi UK telah memulih dengan ketara dari bulan-bulan kemerosotan dan serangan Brexit, dengan petunjuk ekonomi utama memberikan bacaan yang sangat positif susulan dengan pelonggaran dasar-dasar “lock-down” selepas kes-kes Covid-19 menyusut di negara UK. Menurut kepada Office for National Statistik, U.K. Retail Sales untuk bulan yang lalu telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 5.1% ke 9.2%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 4.5%. Tambahan pula, U.K. Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) dan U.K. Services Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 66.1 dan 61.8, yang kedua-dua lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 60.7 dan 60.1 masing-masing. Menurut kepada Reuters, Bank Pusat UK menjangkakan bahawa pertumbuhan ekonomi di UK akan melonjak sebanyak 7.255 pada tahun ini selepas penyusutan hampir 10% pada tahun 2020. Semasa penulisan, GPB/USD telah meningkat sebanyak 0.04% ke 1.4145.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.17% ke $63.75 se troy auns semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan Sultan Admed AL Jaber, ketua eksekutif Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi menegaskan bahawa permintaan minyak mentah akan meningkat kepada 95 juta sehari sementara menjangkakan bahawa permintaan minyak mentah akan terus meningkat hingga 106 juta se tong menjalang 2030 berikutan resolusi untuk pandemik Covid-19. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.10% ke $1881.25 se troy auns semasa penulisan susulan dengan kebimbangan terhadap risiko inflasi pada masa yang akan datang telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari thaap sokongan 89.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 90.50.

 

Tahap rintangan: 90.50, 91.30

Tahap sokongan: 89.65, 89.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.4130. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4130, 1.4335

Tahap sokongan: 1.4130, 1.4000

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2165. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2240, 1.2295

Tahap sokongan: 1.2165, 1.2065

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 108.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.20.

 

Tahap rintangan: 109.20, 109.65

Tahap sokongan: 108.55, 108.10

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7715. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7780, 0.7815

Tahap sokongan: 0.7715, 0.7685

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7155. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7235, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7110

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2055. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2265, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2055, 1.1840

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8965. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9075, 0.9155

Tahap sokongan: 0.8965, 0.8875

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 63.35. MACCD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 64.45.

 

Tahap rintangan: 64.45, 66.30

Tahap sokongan: 61.95, 60.65

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1869.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1907.95, 1949.60

Tahap sokongan: 1869.80, 1841.65