27 Mei 2021 Analisis Sesi Petang
Dolar AS melonjak susulan dengan penyataan hawkish.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melantun dari paras terendah dua tahun di tengah-tengah penyataan hawkish dari Bank Pusat AS semalam. Para pelabur membuat spekulasi bahawa Bank Pusat AS perlahan-lahan akan menuju ke perbincangan mengenai mengetatkan dasar-dasar monetari untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi pada masa yang akan datang. Kebimbangan terhadap risiko inflasi telah dicetuskan ketika data pada pertengahan Mei menunjukkan CPI AS untuk bulan April telah memberi bacaan sebanyak 4.2%, jauh lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 3.6%. Tambahan pula, peningkatan dalam hasil bon perbendaharaan telah meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memberi fokus ke atas perkembangan mengenai data-data ekonomi yang penting seperti inflasi dan GDP untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.05% ke 90.10.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah didagang hampir tinggi baru-baru ini semalam pada $65.85 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah para pelabur membuat spekulasi bawa penggunaan minyak dari rantau AS dan negara lain akan meningkat dengan ketara selepas program vaksinasi Covid-19 yang besar telah dijalankan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1896.55 se troy auns semasa penulisan susulan dengan peningkatan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) | 2.3% | 0.7% | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 6.4% | 6.5% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 444K | 425K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr) | 1.9% | 1.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahaps sokongan 89.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 90.20.
Tahap rintangan: 90.20, 90.65
Tahap sokongan: 89.50, 88.95

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.4105. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4205, 1.4285
Tahap sokongan: 1.4105, 1.4010

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2225, 1.2260
Tahap sokongan: 1.2175, 1.2130

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 109.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.75.
Tahap rintangan: 109.75, 110.45
Tahap sokongan: 109.05, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7760. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7700.
Tahap rintangan: 0.7760, 0.7805
Tahap sokongan: 0.7700, 0.7655

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7280. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7330, 0.7395
Tahap sokongan: 0.7280, 0.7225

USDCAD, H4: USDCAD telah didagnag dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2135. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan 1.2135.
Tahap rintangan: 1.2135, 1.2270
Tahap sokongan: 1.2030, 1.1915

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.8990. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8990, 0.9045
Tahap sokongan: 0.8940, 0.8880

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 66.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 64.25.
Tahap rintangan: 66.60, 67.85
Tahap sokongan: 64.25, 62.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1887.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1909.00, 1928.25
Tahap sokongan: 1887.60, 1863.25