83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Jun 2021                   Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 7 –  11

Reviu Pasaran (Forex): Mei 31 – Jun 4

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama kekal didagang dalam paras bawah dengan latar belakang data ekonomi yang negatif pada minggu lalu sementara para peserta pasaran membuat spekulasi bahawa Fed akan terus melaksanakan dasar kewangan yang longgar untuk meningkatkan momentum ekonomi di Amerika Syarikat. Indeks dolar telah menutup harganya pada hari Jumaat lalu dengan harga 90.07.

 

Dari segi data ekonomi, sebahagian besar daripada data ekonomi penting oleh wilayah A.S. memberikan bacaan yang suram pada minggu lalu. Menurut kepada Biro Analisis Ekonomi, data GDP A.S. untuk suku tahun lalu hanya pada 6.4%, tersasar daripada ramalan pasaran pada 6.5%. Selain itu, Biro Statistik Tenaga Kerja melaporkan bahawa data Nonfarm Payroll A.S. hanya pada 559k, tersasar daripada jangkaan pasaran dengan 650K. Ini telah menurunkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat. Data yang lebih teruk daripada jangkaan bermaksud ia tidak perlu mendesak Fed untuk mengganggu pembelian bon bulanan sebanyak $120 bilion untuk menyokong ekonomi, justerunya ia mengurangkan daya tarikan dolar AS. Walau bagaimanapun, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data inflasi A.S. pada masa yangakan datang untuk mengukur potensi pergerakan mata wang. Peningkatan dalam harga boleh mendorong Fed untuk mengetatkan rancangan dasar kewangan untuk memerangi risiko inflasi.

 

Sebaliknya, dolar AS mendapat momentum kejatuhan yang lebih lanjut di tengah-tengah penningkatan dalam ketegangan antara hubungan A.S. dan China yang juga menurunkan permintaan pasaran terhadap dolar AS. Menurut kepada ALJAZEERA, Presiden A.S. Joe Biden menandatangani perintah pada hari Khamis untuk mengubah larangan pelaburan A.S. dalam syarikat China yang dimulakan di bawah pemerintahan sebelumnya. Ini telah mempengaruhi 59 syarikat yang mempunyai hubungan dengan industri ketenteraan atau pengawasan China, termasuk Huawei Technologies. Co. Selain itu, para pelabur sekarang juga akan dicadangkan untuk fokus kepada isu perdagangan AS-China untuk menerima isyarat perdagangan lebih lanjut untuk dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum bearish pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran sesi Jumaat lalu dengan harga 109.50. Trend keseluruhan untuk mata wang Yen Jepun tetap menurun pada minggu lalu di tengah-tengah kebimbangan mengenai kebangkitan kes Covid-19 dari wilayah Jepun telah mengurangkan daya tarikan Yen Jepun dengan ketara. Selain itu, para pelabur tetap pesimis terhadap kemajuan ekonomi di Jepun berdasarkan dengan data pekerjaan yang menurun, penurunan harga pengguna dan keadaan darurat kerajaan di Tokyo dan kawasan lain akibat pandemik Covid-19. Menurut kepada Reuters, hospital kedua terbesar di bandar Osaka dalam Jepun kini mengalami keruntuhan susulan dengan gelombang besar jangkitan Covid-19 baru, kehabisan katil dan ventilator sementara doktor yang letih berjuang dengan “keruntuhan sistem”.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah melonjak sepanjang minggu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.2180. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan dolar AS. Selain itu, Euro mendapat momentum kenaikan yang lebih tinggi dengan latar belakang data ekonomi yang optimis dari rantau Eropah. Menurut kepada Markit Economics,  data Markit Composite Purchasing Managers Index (PMI) untuk zon Euro dan European Services Purchasing Managers Indeks (PMI) Eropah telah memberi bacaan sebanyak 57.1 dan 55.2, kedua-duanya adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 56.9 dan 55.1.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah melonjak pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.4155. Trend keseluruhan untuk pasangan GBP / USD kekal bullish pada minggu lalu di tengah-tengah prospek ekonomi yang positif untuk U.K dengan latar belakang pelbagai data ekonomi yang optimis serta program vaksinasi Covid-19 yang pantas. Menurut kepada Markit Economics, data Composite Purchasing Managers’ Index (PMI) UK telah meningkat dengan ketara dari bacaan awal sebanyak 62.0 kepada 62.9. Sementara itu, data Services Purchasing Managers Index (PMI) UK telah memberi bacaan sebanyak 62.9 yang juga lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 61.8.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 31 – Jun 4

GOLD

Harga emas melonjak dengan ketara sepanjang minggu lalu dengan harga $ 1880.00 se troy auns di tengah-tengah harapan terhadap rancangan rangsangan ekonomi secara besar-besaran dari Amerika Syarikat dan juga dasar kewangan yang berkembang dari Fed telah mendorong kemungkinan risiko inflasi yang lebih tinggi di masa depan. Ini telah meningkatkan permintaan pasaran untuk komoditi aset selamat. Inflasi yang lebih tinggi biasanya cenderung untuk mengurangkan nilai mata wang. Oleh itu, apabila inflasi tetap tinggi dalam jangka masa yang lebih lama, emas telah menjadi alat yang efektif untuk melindungi diri dari keadaan inflasi. Sebaliknya, pasaran emas mendapat momentum kenaikan yang lebih tinggi di tengah data pekerjaan yang rendah dari A.S pada minggu lalu yang mencetuskan sentimen penghindaran risiko di pasaran FX sambil meningkatkan permintaan pasaran terhadap komoditi aset selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 69.35 setong susulan dengan data inventori yang memberangsangkan dan prospek permintaan minyak mentah yang positif. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data Crude Oil Inventories A.S. telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -1.662M kepada -5.080M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak -2.443M. Selain itu, pasaran minyak telah meningkat lebih tinggi dengan harapan untuk permintaan minyak yang meningkat pada musim pemanduan musim panas di Amerika Syarikat. Perkhidmatan Penjejakan GasBuddy mendakwa bahawa permintaan petrol A.S yang bertepatan dengan hujung minggu Hari Peringatan, telah meningkat sebanyak 9.6% di atas purata hujung minggu sebelumnya.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 7 –  11

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Core CPI dari Amerika Syarikat dan pengembangan Covid-19 untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, keadaan berterusan dengan risiko inflasi yang lebih tinggi juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 7 –  11

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 7hb Jun 2021
N/A
Selasa – 8hb Jun 2021
07:50 JPY GDP (QoQ) (Q1) -1.2% -1.3%
17:00 EUR German ZEW Economic Sentiment (Jun) 85.3 84.4
22:00 USD JOLTs Job Openings (Apr) 8.123M
Rabu – 9hb Jun 2021
22:00 CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -5.080M
Tentative CAD BoC Press Conference
Khamis – 10hb Jun 2021
19:45 EUR ECB Interest Rate Decision (Jun) 0.00 0.00%
20:30 USD Core CPI (MoM) (May) 0.4% 0.9%
20:30 USD Initial Jobless Claims 371K 385K
20:30 EUR ECB Press Conference
Jumaat – 11hb Jun 2021
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Apr) 1.5% 2.1%