83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

09 Jun 2021                         Analisis Sesi Pagi

Dolar meningkat berikutan dengan data ekonomi baik.

Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah meningkat selepas data ekonomi yang positif telah dibebaskan dari rantau A.S. semalam. Menurut ekpadap Bureau of Labor Statistics, A.S. JOLTs Job Opening telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 8.288M ke bacaan sebanyak 9.286M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 8.300M, yang selanjutya meningkatkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, pergerakan pasaran secara keseluruhan untuk Dolar AS tetap lemah ketika para pelabur masih menunggu isyarat yang lebih jelas mengenai tahap inflasi dan juga rancangan dasar monetari Rizab Persekutuan pada masa depan. Pada masa ini, pernyataan keseluruhan dari Federal Reserve adalah masih tidak jelas sementara para pelabur dicadangkan untuk memfokuskan pada data inflasi masa depan dari wilayah AS serta kemas kini berkenaan dengan pernyataan dasar Federal Reserve untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.21% ke 90.15.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.05% ke $70.05 se tong semasa penulisan. Harga minyak telah didagang dengan lebih tinggi berikutan diplomat A.S. mendakwa bahawa walaupun Amerika Syarikat mencapai perjanjian nuklear dengan Iran, masih ada ratusan sanksi A.S. terhadap Teheran. Itu bererti tambahan bekalan minyak Iran tidak akan diperkenalkan kembali ke pasaran dalam jangka pendek. Sebaliknya, harga emas menyusut 0.05% kepada $ 1893.50 se troy auns semasa penulisan di tengah pengukuhan Dollar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentative                              CAD                                        BoC Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan
22:00 BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 Crude Oil Inventories -5.080M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang denga lebih tinggi seleaps ia melantun dari tahap sokongan 89.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 90.25.

 

Tahap rintangan: 90.25. 90.75

Tahap sokongan: 89.85, 89.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.4100. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4235, 1.4365

Tahap sokongan: 1.4100, 1.4005

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokognan 1.2170. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2255, 1.2340

Tahap sokongan: 1.2170, 1.2120

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.75.

 

Tahap rintangan: 109.75, 110.30

Tahap sokongan: 109.05, 108.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7710. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7805, 0.7880

Tahap sokongan: 0.7710, 0.7620

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7225. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7140.

 

Tahap rintangan: 0.7225, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7140, 0.7060

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2040. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2380, 1.2605

Tahap sokongan: 1.2040, 1.1785

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8955. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9095, 0.9175

Tahap sokongan: 0.8955, 0.8850

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 70.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 70.20, 71.65

Tahap sokongan: 68.60, 66.75

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1892.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1909.70, 1928.05

Tahap sokongan: 1892.55, 1882.60