83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Jun 2021                         Analisis Sesi Pagi

Paun menyusut susulan dengan data ekonomi bearish.

Paun Sterling mencatat kerugiannya dengan latar belakang data ekonomi yang bearish pada minggu lalu, yang selanjutnya mengurangkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di United Kingdom sambil mencetuskan momentum bearish ke atas Paun Sterling. Menurut kepada Office for National Statistiks, U.K. Manufacturing Production untuk bulan lalu telah menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 2.1% ke bacaan sebanyak -0.3%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.5%. Selain itu, Paun Sterling telah melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah kebangkitan semula kes-kes Covid-19 di UK menjelang keputusan untuk membuka semua ekonomi sektor pada 21 Jun 2021 telah meningkatkan kebimbangan para pelabur. Menurut kepada data terkini, UK telah melaporkan sebanyak lapan kematian baru dan 7,490 kes positif Covid-19. Peningkatan kes-kes Covid-19 dan kemasukan ke hospital adalah masalah yang serius, yang mendorong Perdana Menteri UK Boris Johnson kurang optimis untuk membuka semula ekonomi negara. Meskipun demikian, Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangkakan akan memberi penyataan mengenai keputusan untuk membuka semula ekonomi pada hari Isnin. Semasa penulisan, GBP/USD melonjak sebanyak 0.08% ke 1.4115.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.23% ke $70.95 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa peluncuran vaksinasi Covid-19 yang pantas akan meningkatkan aktiviti ekonomi global dan permintaan untuk komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.12% ke $1875.40 se troy auns di tengah pengukuhan Dollar AS menjelang mesyuarat FOMC.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:00                     GBP                                        BoE Gov Bailey Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 90.50. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 90.25.

 

Tahap rintangan: 90.50. 90.75

Tahap sokongan: 90.25, 89.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.4100. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4235, 1.4365

Tahap sokongan: 1.4100, 1.4005

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2120. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2070.

 

Tahap rintangan: 1.2120, 1.2170

Tahap sokongan: 1.2070, 1.1990

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.75, 110.30

Tahap sokongan: 109.05, 108.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7700. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7805, 0.7880

Tahap sokongan: 0.7710, 0.7645

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7125. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7225, 0.7300

Tahap sokongan: 0.7125, 0.7060

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2035. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2380.

 

Tahap rintangan: 1.2380, 1.2605

Tahap sokongan: 1.2040, 1.1785

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8930. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9095, 0.9175

Tahap sokongan: 0.8930, 0.8850

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 70.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 70.60, 71.65

Tahap sokongan: 68.55, 66.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1857.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1908.40, 1957.95

Tahap sokongan: 1857.10, 1814.35