3 Julai 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Julai 3 – 7
Kajian Pasaran (Forex): Jun 26 – 30
Dolar A.S.
Dolar A.S. telah mengukuhkan kedudukannya pada hari Jumaat yang lalu namun menutup niaga mingguan berdekatan dengan paras rendah sembilan bulan berikutan dengan prospek yang lebih tinggi terhadap beberapa bank pusat di seluruh dunia yang bakal mengetatkan dasar kewangan tidak lama lagi. Indeks dolar disebut niaga berhampiran 95.39 semasa sesi dagangan lewat pada hari Jumaat sambil mengakhiri suku kedua dengan kerugian sebanyak 4.8%.
Sentimen para pelabur untuk dasar kewangan yang lebih ketat telah dipertingkatkan selepas gabenor dari Bank Pusat Eropah, Kanada dan England memberikan pandangan yang lebih agresif mengenai dasar kewangan mereka. Isyarat tersebut adalah bercanggahan dengan Bank Pusat A.S. selepas para pelabur memberikan keraguan mereka terhadap kemampuan bank tersebut untuk meningkatkan kadar faedah dan pentadbiran Trump dalam meluluskan polisi pro-pertumbuhan beliau.
USD/JPY
Dolar adalah lebih kukuh berbanding dengan Yen Jepun selepas USD/JPY meningkat sebanyak 0.2% ke 112.40 sambil mengakhiri minggu lalu dengan keuntungan sebanyak 1.05%.
EUR/USD
EUR/USD susut sebanyak 0.13% ke $1.1425 akibat daripada aktiviti para pelabur dalam mengaut keuntungan mereka selepas ia mencecah paras tinggi setahun.
GBP/USD
Pound sterling meningkat sebanyak 0.26% ke $1.3027 sambil menutup niaga minggua dengan keuntungan sebanyak 2.22%.
Kajian Pasaran (Komoditi): Jun 26 – 30
GOLD
Harga emas susut pada hari Jumaat lalu sambil mencatat kerugian mingguan yang pertama sejak bulan Mac lalu akibat daripada peningkatan kadar hasil pulangan bon global yang menurunkan permintaan bagi aset tersebut. Harganya menurun sebanyak 0.27% dan menutup minggu lalu di paras $1,242.48 dan mencatat kerugian sebanyak 1.27%. Namun, harga logam emas ini telah mengakhiri separuh tahun pertama dengan keuntungan sebanyak 8% oleh kerana dolar yang lebih lemah. Harganya telah menerima tekanan selepas beberapa gabenor bank pusat global memberikan isyarat agresif untuk mengetatkan dasar kewangan mereka tidak lama lagi. Di dalam situasi di mana kadar faedah telah meningkat, kos pegangan bagi aset yang tidak berhasil seperti emas akan meningkat dan justeru itu mengakibatkan harganya untuk menerima tekanan.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah meneruskan keuntungannya bagi sesi ketujuh berturut-turut pada hari Jumaat lalu dan mencatat keuntungan mingguan terbesar sejak pertengahan Mei. Harganya menerima sokongan selepas laporan menunjukan bahawa kadar pengeluaran minyak di A.S. telah susut pada minggu lalu.
Laporan dari kerajaan A.S. telah menunjukan bahawa pengeluaran minyak mentah telah susut sebanyak 100,000 tong ke paras 9.25 juta tong bagi minggu berakhir dengan 23hb Jun. Harga minyak telah meningkat sebanyak $1.11 atau 2.5% pada Jumaat lalu sambil mengakhiri minggu tersebut di paras $46.04 setong.
Selain itu, ahli pembekal servis A.S. Baker Hughes telah melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah susut sebanyak 2 ke paras 756. Ia telah menandakan penurunan untuk kali kedua di dalam tahun ini selepas bilangannya meningkat bagi 23 minggu berturut-turut.
U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah susut sebanyak 2 dan jumlah keseluruhan kini di paras 756.
Pandangan Mingguan: Julai 3 – 7
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada minit mesyuarat Bank Pusat A.S. bagi mendapatkan isyarat terkini mengenai tempoh kenaikan kadar faedah yang seterusnya. Selain itu, laporan pekerjaan pada hari Jumaat dari A.S. juga akan dipantau dengan rapi. Bagi rantau Kanada, laporan pekerjaan mereka bakal di fokus oleh para pelabur selepas terdapatnya spekulasi di mana bank pusat negara mereka bakal meningkatkan kadar faedah di dalam bulan ini.
Bagi pelabur minyak, mereka bakal memberi fokus kepada data terbaru mengenai stok simpanan minyak mentah dan bahan bakar dari A.S. yang bakal dilepaskan pada hari Rabu dan Khamis ini. Selain itu, para pelabur juga akan memberi fokus kepada kenyataan dari para pengeluaran utama bagi melihat kadar pematuhan mereka bagi pelan pembekuan minyak yang telah dilaksanakan sejak awal tahun ini.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Julai 3 – 7
| Isnin, Julai 3 |
Data JPY – Tankan Large Manufacturers Index (Q2) JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q2) CNY – Caixin Manufacturing PMI (Jun) GBP – Manufacturing PMI (Jun) USD – ISM Manufacturing PMI (Jun)
Acara GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
| Selasa, Julai 4 |
Data AUD – Retail Sales (MoM) (May) AUD – RBA Interest Rate Decision (Jul) GBP – Construction PMI (Jun)
Acara AUD – RBA Rate Statement
|
| Rabu, Julai 5 |
Data Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock GBP – Services PMI (Jun) USD – Factory Orders (MoM) (May)
Acara USD – FOMC Meeting Minutes
|
| Khamis, Julai 6 |
Data AUD – Trade Balance (May) CHF – CPI (MoM) (Jun) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jun) USD – Initial Jobless Claims CAD – Building Permits (MoM) (May) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) Crude Oil – Crude Oil Inventories
Acara N/A
|
|
Jumaat, Julai 7
|
Data GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Jun) GBP – Manufacturing Production (MoM) (May) USD – Nonfarm Payrolls (Jun) USD – Unemployment Rate (Jun) CAD – Employment Change (Jun) CAD – Ivey PMI (Jun) Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Acara GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: Julai 3 – 7
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya selepas pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA. Namun, lantunan dari tahap sokongan 95.15 baru-baru ini mencadangkan indeks dolar untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan indeks dolar untuk meneruskan penurunannya.
Tahap rintangan: 96.20, 97.50
Tahap sokongan: 95.15, 94.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah berlegar berhampiran dengan paras tinggi sebelumnya di 1.3045 selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-moving average (hijau). Oleh kerana kedua-dua garisan MA masih menyempit dan menuju ke atas, GBPUSD dicadangkan untuk menaik selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1.3045.
Tahap rintangan: 1.3045, 1.3120
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2825
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menyempit manakala ia telah melantun dari tahap sokongan 111.80 baru-baru ini. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit dan menuju ke atas mencadangkan USDJPY untuk meningkat selanjutnya ke paras atas segi tiga tersebut selepas ia memecahkan tahap rintangan 112.70.
Tahap rintangan: 112.70, 113.90
Tahap sokongan: 111.80, 110.95
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya di 1.1445. Ia memberi isyarat bahawa EURUSD bakal didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke atas.
Tahap rintangan: 1.1445, 1.1540
Tahap sokongan: 1.1325, 1.1210
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan kerugiannya selepas pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA. Harganya dicadangkan untuk menurun selanjutnya ke paras bawah segi tiga menaik tersebut. Sebarang pemecahan dari paras bawah memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya.
Tahap rintangan: 1246.00, 1261.00
Tahap sokongan: 1232.00, 1217.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 47.00.
Tahap rintangan: 47.00, 48.50
Tahap sokongan: 45.25, 43.70