83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Mac 2019                        Analisis Sesi Pagi

 

Sterling melonjak selepas Brexit tanpa perjanjian ditolak.

Pound sterling masih menjadi tumpuan pasaran bagi minggu ini sementara para pelabur memantau keputusan undian parlimen yang bakal menentukan masa depan UK selepas Brexit. Semalaman, pound sterling melonjak lebih daripada 1600 mata asas walaupun risiko politik masih berlegar selepas ahli parlimen (MP) menolak inisiatif untuk memisah dari EU tanpa sebarang perjanjian. Untuk setakat ini, MP akan mengadakan satu lagi pusingan undian ke atas inisiatif untuk menangguhkan tarikh akhir Brexit pada awal pagi esok. Susulan dengan undian pada pagi ini, PM UK Theresa May mengulas bahawa pilihan semasa adalah masih sama dan ia meliputi referendum Brexit untuk kali kedua yang boleh membatalkan Brexit sama sekali. Sementara itu, dolar AS masih mengalami tekanan bearish berikutan dengan pembebasan data ekonomi yang suram dari rantau tersebut. Menurut kepada US Labor Department, Producer Price Index (PPI) bagi bulan Februari memberi bacaan hanya 0.1%, tersasar daripada ramalan iaitu 0.2%. Selain itu, US Commerce Department melaporkan bahawa Core Durable Goods Orders mengecut sebanyak 0.1%, tersasar daripada ramalan untuk bertumbuh sebanyak 0.1%. Secara keseluruhannya, optimisme yang menyelubungi ekonomi AS telah susut dan ia bermula selepas pembebasan laporan NFP walaupun kadar pengangguran menyusut dan pertumbuhan gaji di paras tinggi sedekad. Untuk setakat ini, para pelabur akan terus memantau pembebasan data ekonomi yang lebih lanjut bagi menentukan prospek Bank Pusat AS terhadap dasar kewangan masa depan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan momentum bullish sebanyak 0.07% ke $58.36 setong. Niaga hadapan minyak mentah telah menerima permintaan yang lebih tinggi selepas Energy Information Administration melaporkan pengurangan pada stok minyak sebanyak 3.9 juta tong, lebih baik daripada ramalan iaitu 2.65 juta tong. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1,309.65 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

19:00                     CrudeOIL                               OPEC Monthly Report

03:00 (15hb)        GBP                                        UK Parliament vote on Extension of Brexit Date

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German CPI (MoM) (Feb) 0.5% 0.5%
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (Feb) -0.5% 0.3%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 223K 225K
22:00 USD – New Home Sales (Jan) 621K 622K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 96.45, 97.05

Tahap sokongan: 95.95, 95.55

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras 1.3350. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3350, 1.3400

Tahap sokongan: 1.3240, 1.3170

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas 1.1300. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1340, 1.1400

Tahap sokongan: 1.1300, 1.1260

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawah.

 

Tahap rintangan: 111.45, 112.20

Tahap sokongan: 111.00, 110.50

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7100. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7100, 0.7120

Tahap sokongan: 0.7075, 0.7050

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek ke arah 0.6840.

 

Tahap rintangan: 0.6885, 0.6940

Tahap sokongan: 0.6840, 0.6820

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3300, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3175

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah sasaran 1.0040. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pertengahan ke arah 0.9995.

 

Tahap rintangan: 1.0040, 1.0070

Tahap sokongan: 0.9995, 0.9945

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan 58.55. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 58.55, 59.65

Tahap sokongan: 57.45, 56.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1315.45, 1326.50

Tahap sokongan: 1305.60, 1294.00