4 Julai 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. memulih, fokus pada minit mesyuarat FOMC.
Dolar A.S. memegang kepada keuntungannya pada awal hari Selasa selepas data ekonomi mereka meningkatkan hasil bon Perbendaharaan A.S. sehingga ke paras tertinggi di dalam tujuh minggu. Para peserta pasaran kini akan mengalihkan tumpuan kepada keputusan dasar kewangan dari Reserve Bank of Australia (RBA). Indeks dolar telah disebut niaga berhampiran dengan 95.82 selepas ia menokok sebanyak 0.6%. Menurut kepada Institute of Supply Management (SIM) melaporkan bahawa aktiviti sektor perkilangan di seluruh negara telah meningkat ke paras 57.8, menewaskan jangkaan sebanyak 55.2. “Pemulihan pada dolar telah didorong oleh permintaan langsung dan bukan dari kelemahan mata wang lain,” kata Shin Kadota, ahli strategi forex. “Jangkaan terhadap kenaikan kadar oleh Bank Pusat A.S. telah menurun ke paras yang terlalu rendah. Oleh itu, momentum dolar yang diperhatikan ini sedang mengalami pemulihannya.” Di rantau yang lain, walaupun RBA tidak dijangkakan untuk meningkatkan kadar faedahnya, para pelabur akan memberi fokus kepada isyarat yang agresif dari kenyataan mengenai dasar kewangan untuk melihat sama ada mereka memberikan sentimen seiring dengan pendirian oleh Bank Pusat Eropah, Bank Pusat England dan Bank Pusat Kanada. Pasangan AUD/USD telah didagang dengan stabil berhampiran $0.7661.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.49% ke $46.84 selepas para pelabur mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dari kenaikan sebelumnya. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.43% ke $1,223.08 manakala para pelabur akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat FOMC yang bakal dilepaskan pada hari esok.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CAD Canada – Canada Day
All Day USD United States – Independence Day – Early Close at 13:00
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – Retail Sales (MoM) (May) | 1.0% | 0.2% | 0.6% |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Jul) | 1.50% | 1.50% | – |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Jun) | 56.0 | 55.0 | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari paras tinggi 1.3030. Penutupan niaga di bawah garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini mencadangkan GBPUSD lebih cenderung untuk melanjutkan momentum menurunnya ke tahap sokongan 1.2925.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3030
Tahap sokongan: 1.2925, 1.2860
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1400. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun yang ketara mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1360.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1300
AUDUSD

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7670. Penutupan niaga di bawah garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan AUDUSD untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 0.7670, 0.7690
Tahap sokongan: 0.7640, 0.7620
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah memecah keluar dari paras atas saluran menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Merujuk kepada MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menaik yang ketara, USDJPY dicadangkan untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan 113.70.
Tahap rintangan: 113.70, 114.35
Tahap sokongan: 113.00, 112.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran dengan tahap rintangan 47.10. Penunjuk MACD yang mula untuk berlegar di luar momentum menaik mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 47.10, 47.60
Tahap sokongan: 46.50, 45.75
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah memecah keluar dari paras bawah segi tiga menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah alirannya untuk menurun selanjutnya. Kedua-dua garisan MA yang melebarkan jarak ke bawah selepas membentuk corak silang kematian mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian ke sasaran 1217.00.
Tahap rintangan: 1232.00, 1246.00
Tahap sokongan: 1217.00, 1200.00