23 Jun 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut berikutan Jerome Powell mencetuskan nada dovish.
Indeks Dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut dengan latar belakang nada dovish dari Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell. Menurut kepada Reuters, Rizab Persekutuan Jerome Powell menegaskan bahawa bank pusat A.S. akan terus melaksanakan dasar monetari yang agresif untuk meningkatkan pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat, dan tidak menaikkan kadar faedah terlalu cepat hanya berdasarkan pada kebimbangan pada inflasi. Meskipun demikian, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dari Fed telah menyatakan pandangan yang berbeza mengenai dasar monetari, sentimen keseluruhan dari Fed tetap kabur. Para pegawai Fed akan terus meneliti data ekonomi untuk menentukan bila akan sesuai untuk menyesuaikan dan mengetatkan dasar monetari. Pelonggaran dasar monetari yang agresif sementara kini akan meningkatkan bekalan mata wang dalam pasaran, yang mencetuskan risiko inflasi yang lebih tinggi dan mengurangkan daya tarikan Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.21% ke 91.70.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.10% ke $73.30 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan data inventori yang positif. Menurut kepada American Petroleum Institusi (API), Stok Minyak Mentah Mingguan API A.S. telah memberi bacaan sebanyak -7.199M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak -3.625M. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.02% ke $1779.05 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 63.0 | 64.4 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI | 65.6 | – | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI | 62.9 | – | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | -5.0% | 4.3% | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (May) | 870K | 863K | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -7.355M | -3.942M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 92.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 91.50.
Tahap rintangan: 92.45. 93.25
Tahap sokongan: 91.50, 90.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3925. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3990, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3925, 1.3810

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1955. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1955, 1.2065
Tahap sokongan: 1.1855, 1.1725

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 110.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.90, 111.55
Tahap sokongan: 110.35, 109.75

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7585. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7585, 0.7700
Tahap sokongan: 0.7465, 0.7365

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6940. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasnagan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7120.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7300
Tahap sokongan: 0.6940, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2360. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2275.
Tahap rintangan: 1.2360, 1.2480
Tahap sokongan: 1.2275, 1.2165

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9180. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9235, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9180, 0.9135

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 72.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 73.70, 75.10
Tahap sokongan: 72.55, 71.30

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1766.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1793.60.
Tahap rintangan: 1793.60, 1814.35
Tahap sokongan: 1766.85, 1749.15