5 Julai 2017 Analisis Harian
Korea Utara uji ICBM, para pelabur berlumba ke aset selamat.
Dolar A.S. susut berbanding dengan Yen Jepun pada hari Rabu selepas ketegangan diantara Amerika Syarikat dan Korea Utara makin meningkat sementara dolar Kanada mengekalkan kedudukannya apabila pengerusi bank pusat negara tersebut menyokong untuk meningkatkan kadar faedah. Dolar menurun sebanyak 0.21% ke 113.03 berbanding dengan Yen Jepun manakala indeks dolar susut sebanyak 0.05% ke 95.85. Pyongyang pada semalam mengatakan bahawa mereka telah melakukan ujian ke atas peluru berpandu balistik (ICBM) yang mampu membawa senjata nuklear yang besar dan berat. Washington telah menyeru komuniti global untuk mengambil tindakan terhadap negara terpencil tersebut yang sedang mengusahakan pembuatan senjata nuklear. Pentagon mengutuk pelancaran peluru berpandu tersebut dan bersedia untuk mempertahankan Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap ancaman Korea Utara yang makin meningkat. Di rantau yang lain, pasangan USD/CAD kekal stabil di C$1.2940 selepas ia mencecah paras rendah sepuluh bulan di C$1.2910. Gabenor dari Bank Pusat Kanada Stephen Poloz di dalam satu temu duga dengan akhbar Jerman mengulas bahawa kadar inflasi di Kanada bakal mencapai aliran menaik menjelang separuh pertama tahun 2018 dan beliau menambah bahawa normalisasi dasar kewangan perlu dilaksanakan sebelum pertumbuhan harga mencapai sasarannya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berlegar berhampiran $47.09 setong selepas ia disokong oleh tanda-tanda tentatif bahawa kenaikan pengeluaran minyak dari Amerika Syarikat makin melambat. Pada masa yang sama, harga emas meningkat sebanyak 0.72% ke $1,226.72 berikutan dengan ketegangan semenanjung Korea yang makin meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Jun) | 53.8 | 53.5 | – |
| 22:00 | USD – Factory Orders (MoM) (May) | -0.2% | -0.5% | – |
| 04:30 | Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock | 0.850M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2910. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini mencadangkan GBPUSD lebih cenderung untuk melanjutkan kenaikannya ke tahap rintangan 1.2970.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3030
Tahap sokongan: 1.2910, 1.2850
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan menutup niaganya di atas garisan 20-moving average (merah). MACD histogram yang mula memaparkan isyarat menaik mencadangkan EURUSD untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke sasaran di 1.1380.
Tahap rintangan: 1.1380, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1345, 1.1310
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup niaganya di bawah tahap psikologi 113.00 baru-baru ini. Penunjuk MACD mula berlegar di luar momentum menaik mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke sasaran tahap sokongan 112.50.
Tahap rintangan: 113.00, 113.70
Tahap sokongan: 112.50, 112.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tipis di dalam lingkungan 46.70 dan 47.50 berikutan dengan kekurangan momentum. Penunjuk MACD yang mula untuk berlegar di luar momentum menaik mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk melanjutkan aliran menaik.
Tahap rintangan: 47.50, 48.40
Tahap sokongan: 46.70, 46.00
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1223.30. Penutupan niaga di atas tahap Fibonacci 23.6 di 1227.00 baru-baru ini mencadangkan harga emas lebih cenderung untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 1232.30.
Tahap rintangan: 1232.30, 1236.60
Tahap sokongan: 1227.00, 1222.30