29 Jun 2021 Analisis Sesi Petang
Paun menyusut susulan kebimbangan terhadap virus.
Paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh di tengah peningkatan dalam kebimbangan terhadap kes koronavirus baru di UK. Menurut kepada data rasmi yang terkini pada hari Isnin, UK melaporkan jangkitan harian yang tertinggi sejak 30 Januari dan menambah 22,868 kes kepada jumlah keseluruhan sebanyak 4,755,078. Kenaikan terbaru dalam kes virus yang merangkumi varian delta menyebabkan beberapa negara seperti Jerman dan Hong Kong memberi isyarat larangan terhadap penerbangan dan pelancong dari U.K. Walaupun menteri kesihatan U.K, Sajid Javid tetap yakin pada tarikh akhir 19 Julai untuk membuka sekatan U.K, kenaikan kes COVID-19 baru boleh menjejaskan keyakinan pasaran terhadap pemulihan ekonomi U.K. Pada masa penulisan, GBP/USD jatuh sebanyak 0.11% kepada 1.3868.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan kerugiannya dan turun sebanyak 0.27% kepada $72,88 setong semasa penulisan berikutan dengan masalah wabak virus yang mempengaruhi permintaan. UK melaporkan kenaikan harian tertinggi dalam kes COVID-19 pada hari Isnin sejak 30 Januari. Hong Kong, Sepanyol dan Portugal melarang semua penerbangan penumpang dari negara ini untuk mengekang penyebaran varian Delta COVID-19. Selain itu, Australia juga mengalami lonjakan jumlah kes COVID-19, dengan 110 kes varian Delta di Sydney. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.16% kepada $1775.62 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kenaikan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 91.65. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 92.25
Tahap rintangan: 92.25, 92.70
Tahap sokongan: 91.65, 91.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3935. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3830.
Tahap rintangan: 1.3935, 1.4020
Tahap sokongan: 1.3830, 1.3755

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1920. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1985, 1.2070
Tahap sokongan: 1.1920, 1.1845

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 110.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 111.00, 111.60
Tahap sokongan: 110.30, 109.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7545. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7595, 0.7650
Tahap sokongan: 0.7545, 0.7475

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7070. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7000.
Tahap rintangan: 0.7070, 0.7135
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6925

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2350. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.235, 1.2420
Tahap sokongan: 1.2275, 1.2185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9195. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9245.
Tahap rintangan: 0.9245, 0.9280
Tahap sokongan: 0.9195, 0.9135

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 72.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 74.20, 76.30
Tahap sokongan: 72.40, 70.25

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1767.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1812.10, 1856.00
Tahap sokongan: 1767.55, 1725.50