1 Julai 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak berikutan dengan data ekonomi bullish.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menerima momentum bullish yang signifikan selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan semalam. Menurut kepada Automatic Data Process (ADP), AS ADP Nonfarm Employment Change memberi bacaan sebanyak 692K, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 600K. Sementara itu, National Association of Realtor melaporkan bahawa Pending Home Sales A.S. untuk bulan lalu meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -4.4% ke bacaan sebanyak 8.0%, yang juga lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 0.8%. Oleh kerana kedua-dua data ekonomi penting telah menunjukkan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan, yang mencetuskan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat sambil meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Walaupun begitu, pada masa kini para pelabur akan terus memberikan fokus mereka terhadap data Nonfarm Payroll yang akan dibebaskan pada hari Jumaat untuk menjangkakan pergerakan ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.05% ke 92.40.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.11% ke $73.80 setong semasa penulisan berikutan data inventori bullish telah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -6.718M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -6.718M. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.13% ke $1767.95 se troy auns semasa penulisan di tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 64.4 | 64.9 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jun) | 64.2 | 64.2 | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 411K | 386K | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Jun) | 61.2 | 61.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 92.35. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 92.35. 93.25
Tahap sokongan: 91.35, 90.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3790. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3875, 1.3940
Tahap sokongan: 1.3790, 1.3700

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.1845. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1955, 1.2065
Tahap sokongan: 1.1845, 1.1725

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 111.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 111.15, 111.55
Tahap sokongan: 110.45, 109.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7465. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7590, 0.7700
Tahap sokongan: 0.7465, 0.7365

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6940. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7300
Tahap sokongan: 0.6940, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2360. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2480, 1.2605
Tahap sokongan: 1.2360, 1.2275

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.9235. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9305.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9165

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 73.75. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 73.75,74.90
Tahap sokongan: 72.50, 70.30

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah seleaps ia berundur dari tahap rintangan 1773.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1754.15.
Tahap rintangan: 1773.70, 1794.65
Tahap sokongan: 1754.15, 1735.85