83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Julai 2017                          Analisis Harian

 

Dolar A.S. membisu sebelum pembebasan laporan NFP.

Euro melonjak berhampiran dengan paras tinggi mingguan pada hari Jumaat selepas pelepasan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah yang menunjukan bahawa para pegawai membincang kemungkinan untuk mengurangkan kelonggaran pada dasar monetari mereka. EUR/USD menurun sebanyak 0.03% dan disebut niaga berhampiran $1.1418. Para pembuat dasar ECB menyatakan bahawa ia adalah penting untuk mengambil kira momentum pemulihan zon Eropah yang lebih pantas namun tekanan inflasi adalah masih lemah. Mereka juga bimbang bahawa perubahan yang “kecil dan ketara” terhadap panduan masa depan bank pusat boleh menjejaskan pasaran kewangan dan ulasan ini adalah seiring dengan kenyataan dari Presiden ECB Mario Draghi untuk meninjau kemungkinan membatalkan kelonggaran dasar sebelum perlaksanaannya. Di rantau yang lain, indeks dolar mengukuhkan kedudukannya di 95.56 selepas ia merosot pada sesi dagangan Amerika Utara semalam akibat daripada laporan pekerjaan swasta yang lebih lemah. Para pelabur teragak-agak mengenai kekukuhan ekonomi A.S. berikutan dengan data Initial Jobless Claims dan penciptaan pekerjaan di sektor swasta yang lemah dan ia berkemungkinan untuk memberi isyarat bahawa aktiviti pasaran buruh mula untuk susut.

 

Sebaliknya, harga minyak mentah menjunam sebanyak 1.43% k $44.83 berikutan dengan laporan yang menunjukan eksport minyak mentah A.S. telah mencecah 1.02 juta tong sehari bagi bulan Mei dan ia menambahkan tekanan kepada kelebihan stok global. Selain itu harga emas susut sebanyak 0.10% ke $1,221.01 selepas kadar hasil A.S. meningkat sebelum pembebasan laporan Nonfarm Payrolls.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentative                 GBP                     BoE Gov Carney Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Jun) 0.4% 0.2%
16:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (May) 0.2% 0.5%
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jun) 0.2% 0.3%
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Jun) 138K 179K
20:30 USD – Unemployment Rate (Jun) 4.3% 4.3%
20:30 CAD – Employment Change (Jun) 54.5K 10.0K
22:00 CAD – Ivey PMI (Jun) 53.8
01:00 Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 756

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih tipis berhampiran dengan tahap rintangan kukuh di 1.2970 berikutan dengan penutupan niaganya di atas 20-moving average (merah). MACD histogram yang mula untuk membentuk isyarat menaik mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap 1.2970.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3030

Tahap sokongan: 1.2910, 1.2850

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah memangkas keuntungan seawalnya selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1425. Kini, EURUSD adalah lebih cenderung untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan 1.1400.

 

Tahap rintangan: 1.1425, 1.1445

Tahap sokongan: 1.1400, 1.1375

 

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan kini sedang menguji di paras atasnya. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas pembentukan corak silang emas mencadangkan kemungkinan yang lebih tinggi untuk berlakunya pemecahan dan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 113.90, 114.70

Tahap sokongan: 112.70, 111.80

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 46.05. Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun yang ketara mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas ia memecahkan tahap sokongan kukuh di 44.65.

 

Tahap rintangan: 45.30, 44.05

Tahap sokongan: 44.65, 44.05

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah keluar dari tahap sokongan 1222.30. Penunjuk Stochastic Oscillator memaparkan pengunduran dari paras oversold mencadangkan harga emas untuk melanjutkan penurunnya ke tahap sokongan 1217.00.

 

Tahap rintangan: 1222.30, 1228.00

Tahap sokongan: 1217.00, 1211.00