6 Julai 2021 Analisis Sesi Pagi
Paun meningkat susulan dengan data optimistik
Pound Sterling telah melonjak di tengah data ekonomi optimis dari wilayah UK semalam, yang mendorong optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di United Kingdom. Menurut Markit Economics, U.K. Composite Purchasing Manager Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 62.2, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 61.7. Sementara itu, U.K. Service Purchasing Managers Indeks (PMI) memberi bacaan sebanyak 62.4, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran pada 61.7. Walaupun begitu, Pound Sterling telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan peningkatan kes-kes Covid-19 yang ketara dari rantau U.K telah mengurangkan harapan terhadap pelonggaran dasar-dasar “lockdown”. Menurut kepada data terkini, UK telah melaporkan sebanyak 27,334 kes harian baru Covid-19, jumlah harian kedua tertinggi sejak akhir Januari. Walaupun begitu, kemasukan ke hospital dan kematian masih rendah, sebilangan para pelabur masih yakin bahawa pelonggaran “lockdown” pada akhir bulan ini akan terus berjalan. Para pelabur sementara kini akan terus memantau kemas kini terbaru mengenai dengan dasar-dasar “lockdown” terkini serta data ekonomi lebih lanjut untuk menjangkakan pergerakan ke atas Pound Sterling. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.07% ke 1.3855.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.05% ke $76.55 setong semasa penulisan. Harga minyak telah meningkat ke tahap tertinggi dalam hampir tiga tahun pada hari Isnin berikutan pertemuan di antara OPEC dan sekutu penghasil minyaknya ditangguhkan selama-lamanya, dengan kumpulan tersebut gagal mencapai persetujuan mengenai dasar pengeluaran minyak mentah. Sebaliknya, harga emas didagang dengan rata pada $ 1792.65 se troy auns di tengah-tengah para pelabur masih menunggu pemangkin selanjutnya sebelum memasuki pasaran emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Jul) | 0.10% | 0.10% | – |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (Jun) | 64.2 | 63.5 | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jul) | 79.8 | 75.4 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) | 64 | 63.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 93.25, 94.10
Tahap sokongan: 92.10, 91.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3790. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3960, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3790, 1.3685

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1845. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1955, 1.2065
Tahap sokongan: 1.1845, 1.1725

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 110.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.95, 111.55
Tahap sokongan: 110.45, 109.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7465. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7590.
Tahap rintangan: 0.7590, 0.7700
Tahap sokongan: 0.7465, 0.7365

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6940. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7120.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6940, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2360. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2360, 1.2480
Tahap sokongan: 1.2275, 1.2165

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9235. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9235, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9165, 0.9095

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji d tahap rintangan 77.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 77.00, 78.60
Tahap sokongan: 74.35, 72.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1794.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1794.65, 1812.65
Tahap sokongan: 1773.75, 1751.20