8 Julai 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak di tengah sikap hawkish dari Fed.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat selepas Rizab Persekutuan melancarkan penyataan hawkish mereka pada minit mesyuarat. Menurut kepada Minutes to Federal Open Market Committee, para pegawai Bank Pusat AS telah bermula membincangkan mengenai merendahkan rancangan dasar monetari mereka yang agresif dan mengurangkan pembelian aset untuk memerangi risiko inflasi. Beberapa anggota menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat telah memulih dengan lebih cepat daripada jangkaan sementara risiko inflasi akan terus meningkat pada masa depan. Walaupun demikian, kebanyakan anggota bersetuju bahawa ekonomi di Amerika Syarikat belum memenuhi tanda aras “kemajuan lebih lanjut” yang ditetapkan oleh Fed untuk perubahan dasar yang ketara. Pernyataan keseluruhan dari Federal Reserve tetap kabur, oleh itu pergerakan pasaran tetap stabil selepas minit mesyuarat FOMC dibebaskan. Buat masa ini, pelabur akan terus meneliti kemas kini terbaru berkenaan dengan data ekonomi penting dan juga pengembangan Covid-19 untuk menerima isyarat perdagangan lebih lanjut. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.07% ke 92.70.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.05% $72.25 setong semasa penulsian. Pasaran minyak telah memulih dari harga rendah semalam di tengah-tengah data inventori yang positif telah mencetuskan momentum bullish ke atas pasaran minyak. Menurut kepada American Petroleum Institute, Stok Minyak Mentah Mingguan API A.S. memberi bacaan sebanyak -7.983M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -3.925M. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.03% ke $1803,60 se troy auns semasa penulisan di tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:30 EUR ECB Monetary Policy Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – Initial Jobless Claims | 364K | 350K | – |
| 23:00 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -6.718M | -4.033M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 92.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.65, 93.25
Tahap sokongan: 92.10, 91.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3790. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3960, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3790, 1.3685

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1845. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1725.
Tahap rintangan: 1.1845, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1725, 1.1635

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 110.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.95, 111.55
Tahap sokongan: 110.45, 109.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7465. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7590, 0.7700
Tahap sokongan: 0.7465, 0.7365

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7120. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6940.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6940, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2495. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2495, 1.2605
Tahap sokongan: 1.2360, 1.2275

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.9230. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9375
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9165

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 72.15. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 72.15, 73.15
Tahap sokongan: 71.05, 70.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1788.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1813.05, 1832.25
Tahap sokongan: 1788.95, 1773.45