83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Julai 2017                       Analisis Harian

 

Kenaikan dolar susut, Yellen bakal memberikan momentum?

Peningkatan pada dolar A.S. terhadap mata wang utama yang lain telah susut pada hari Selasa manakala kebanyakan para pelabur akan menanti testimoni dari Pengerusi Bank Pusat A.S. Janet Yellen yang bakal berlangsung di dalam minggu ini. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.07% ke 95.80 semasa sesi dagangan Asia. Penganalisis mengulas bahawa isyarat pasaran selanjutnya akan dibekalkan oleh Yellen di mana para dollar-bull akan memantau sekiranya beliau mengekalkan pandangan yang agresif memandangkan laporan Nonfarm Payrolls pada Jumaat lalu adalah lebih baik daripada jangkaan. Terdahulu, pasaran mencetuskan keraguan mereka terhadap keupayaan bank pusat untuk meningkatkan kadar faedah pada akhir tahun nanti selepas beberapa siri data ekonomi menunjukan kelembapan tekanan inflasi dan aktiviti ekonomi. Selain itu, pound sterling disebut niaga berdekatan dengan $1.2877 selepas ia mengalami penjualan pada sesi Amerika Utara selepas data ekonomi yang suram meningkatkan keraguan terhadap Bank Pusat England yang sebelumnya menyatakan untuk meningkatkan kadar faedah tidak lama lagi. Timbalan Gabenor Bank Pusat England Ben Broadbent bakal menyampaikan ucapan beliau pada hari ini dan ia bakal membekalkan prospek selanjutnya mengenai dasar kewangan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas kerugian seawalnya sebanyak 0.63% ke $44.68 manakala para pelabur akan menantikan laporan dari American Petroleum Institute bagi mendapatkan isyarat pasaran. Bagi aset emas, harganya berayun di sekitar $1,212.60 manakala para pelabur akan menunggu ucapan dari Yellen yang bakal disampaikan pada hari Rabu dan Khamis ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

19:00                     GBP                                      BoE MPC Member Broadbent Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Acara & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – NAB Business Confidence (Jun) 7 9
20:15 CAD – Housing Starts (Jun) 194.7K 200.0K
22:00 USD – JOLTs Job Openings (May) 6.044M 5.950M
04:30 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock -5.760M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih tipis selepas ia melanjutkan kerugiannya akibat daripada pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1.2860 akan mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kerugiannya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.2970

Tahap sokongan: 1.2860, 1.2800

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menaik dan ia telah menutup niaga di bawah garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini. Penutupan tersebut mencadangkan EURUSD lebih cenderung untuk didagang dengan lebih rendah ke tahap sokongan 1.1385.

 

Tahap rintangan: 1.1440, 1.1480

Tahap sokongan: 1.1385, 1.1330

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh di 114.25. Penunjuk MACD yang berlegar di luar momentum menaik mencadangkan USDJPY untuk kekal berayun di dalam lingkungan 113.95 dan 114.25 pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap 114.25.

 

Tahap rintangan: 114.25, 114.55

Tahap sokongan: 113.95, 113.65

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam lingkungan 43.75 dan 44.65 manakala kini sedang menguji di paras atasnya. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Sebaliknya, pengunduran dari paras ini akan mencadangkan harga minyak mentah untuk kekal berayun di dalam lingkungan dagangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 44.65, 45.00

Tahap sokongan: 44.15, 43.75

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas didagang di dalam saluran menurun dan ia telah berundur berhampiran dengan garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini. Penunjuk Stochastic Oscillator yang mula untuk memaparkan isyarat berundur dari paras overbought mencadangkan harga emas lebih cenderung untuk didagang dengan lebih lemah ke sasaran 1207.00.

 

Tahap rintangan: 1218.00, 1230.00

Tahap sokongan: 1207.00, 1197.00