13 Julai 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar telah didagang dengan rata menjelang data inflasi dibebaskan.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah didagang dengan rata susulan dengan peserta pasaran masih menunggu data inflasi penting dan dasar monetari Federal Reserve untuk mengukur pergerakan ke atas Dolar AS. Penganalisis mencadangkan bahawa peningkatan dalam risiko inflasi mungkin mendorong Bank Pusat AS untuk mengetatkan rancangan dasar monetinya lebih awal daripada jangkaan. Pengetatkan Dasar monetari akan mengurangkan bekalan mata wang Dolar di pasaran kewangan, yang selanjutnya mencetuskan momentum bullish ke atas Dolar AS. Selain itu, keterangan separa tahunan Ketua Fed Jerome Powell kepada Kongres pada hari Rabu dan Khamis akan juga memberikan isyarat lebih lanjut mengenai pendirian dasar monetari dari Federal Reserve. Walaupun begitu, sentimen keseluruhan dari Federal Reserve tetap kabur, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai pernyataan Fed serta data ekonomi penting untuk menerima isyarat perdagangan yang lanjut. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.01% ke 92.20.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.05% ke $74.40 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 telah mencetuskan prospek negatif untuk pemulihan ekonomi di masa depan. Sebaliknya, harga emas telah didagang dengan rata pada $1808.30 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah peserta pasaran masih menunggu pemangkin lebih lanjut sebelum memasuki pelaburan aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jun) | 0.7% | 0.4% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap soongan 92.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.65, 93.25
Tahap sokongan: 92.00, 91.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3750. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3960, 1.4100
Tahap sokongan: 1.3750, 1.3565

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangant erdahulu 1.1850. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1955, 1.2065
Tahap sokongan: 1.1850, 1.1725

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.45.
Tahap rintangan: 110.45, 110.95
Tahap sokongan: 109.75, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7440. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7590.
Tahap rintangan: 0.7590, 0.7700
Tahap sokongan: 0.7440, 0.7285

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6940. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6940, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2495. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2360.
Tahap rintangan: 1.2495, 1.2605
Tahap sokongan: 1.2360, 1.2275

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9165. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9165, 0.9230
Tahap sokongan: 0.9095, 0.9035

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi seleaps ia melantun dari tahap sokongan 72.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 74.15.
Tahap rintangan: 74.15, 75.05
Tahap sokongan: 72.45, 71.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1813.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1813.05, 1832.25
Tahap sokongan: 1788.95, 1773.45