12 Julai 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. ditendang selepas risiko politik tercetus.
Dolar A.S. didagang stabil berbanding dengan mata wang utama yang lain pada awal hari Rabu selepas ia dijual secara besar-besaran berikutan dengan pembebasan e-mel oleh anak sulung Presiden A.S. Donald Trump yang memetik sokongan Rusia untuk bapanya sebelum pilihanraya tahun lepas. Indeks dolar disebut niaga berhampiran 95.35 semasa penulisan. Donald Trump Jr. Diberitahu bahawa seorang pendakwa Rusia menawarkan maklumat sulit kepada kempen pilihanraya Trump mengenai saingan Demokratik Hillary Clinton sebagai sebahagian daripada sokongan kerajaan Rusia kepada bapanya. Risiko politik yang meningkat di dalam Washington telah mencetuskan penghindaran risiko para pelabur oleh kerana ia berkemungkinan untuk melambatkan sebarang agenda fiskal Trump yang bersifat untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi mereka dengan perbelanjaan awam dan pembaharuan sistem cukai. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada testimoni Pengerusi Bank Pusat A.S. Janet Yellen mengenai dasar kewangan yang bakal berlangsung pada lewat hari ini untuk isyarat selanjutnya mengenai kenaikan kadar dan pengurangan penyata imbangan. Berbanding dengan mata wang yang lain, euro meningkat sebanyak 0.10% ke $1.1477 berbanding dengan dolar A.S. manakala pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.11% ke $1.2861.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.69% ke $45.80 selepas American Petroleum Institute melaporkan pengurangan yang besar pada stok simpanan minyak sebanyak 8.133 juta tong bagi minggu lalu. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.53% ke $1,220.01 selepas dolar A.S. didagang lemah dan tindakan para pelabur untuk mengurangkan risiko mereka.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative CrudeOIL OPEC Monthly Report
22:00 USD Fed Chair Yellen Testifies
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:15 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (May) | 2.1% | 1.8% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Jun) | 7.3K | 10.0K | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 0.50% | 0.75% | – |
| 22:30 | Crude Oil – Crude Oil Inventories | -6.299M | -2.850M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji berhampiran dengan paras bawahnya. Pemecahan dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya selepas itu.
Tahap rintangan: 1.2860, 1.2925
Tahap sokongan: 1.2800, 1.2755
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah memecah keluar dari paras atas segi tiga menaik baru-baru ini dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Penutupan niaga di atas tahap 1.1480 akan mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan momentum menaiknya ke sasaran berikut di 1.1530.
Tahap rintangan: 1.1480, 1.1530
Tahap sokongan: 1.1440, 1.1385, 1.1330
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi di 114.50. Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan USDJPY lebih cenderung untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran tahap sokongan di 113.15.
Tahap rintangan: 113.80, 114.50
Tahap sokongan: 113.15, 112.30
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 45.90. Pengunduran baru-baur ini mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas ia memecahkan tahap 45.90.
Tahap rintangan: 45.90, 46.30
Tahap sokongan: 45.45, 45.00
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari tahap sokongan 1207.00. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 1220.00 akan mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan ke paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1220.00, 1230.00
Tahap sokongan: 1207.00, 1197.00