83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Julai 2021                       Analisis Sesi Petang

 

Mata wang Aussie jatuh susulan data pekerjaan Australia yang bercampuran.

Dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh susulan dengan isyarat yang tidak jelas dari laporan pekerjaan Australia untuk bulan Jun. Menurut kepada Biro Statistik Australia, data Unemployment Rate telah bertambah baik kepada 4.9%, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 5.5%. Tetapi, data Employment Change Australia telah jatuh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 30.0k dan bacaan sebelumnya sebanyak 115.2K kepada 29.1K sementara data Participation Rate juga memberi bacaan sebanyak 66.2%, lebih lemah daripada jangkaan pasaran sebanyak 66.3%. Selain itu, keadaan COVID-19 yang semakin teruk di Australia juga memberi tekanan kepada Aussie. Baru-baru ini, PM Aussie Scott Morrison menyatakan bahawa pelancaran vaksin adalah 2 bulan lebih lewat daripada jangkaan. Pada masa yang sama, Presiden Kumpulan Bank Dunia, David Malpass menyatakan bahawa banyak negara di Asia Timur dan Pasifik mungkin tidak akan menvaksinasi populasi sepenuhnya hingga tahun 2024 walaupun dengan varian baru muncul kerana kekurangan vaksin. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.33% kepada 0.7461.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.78% kepada $72.44 setong pada masa penulisan di tengah-tengah kenaikan stok bahan bakar dan potensi perjanjian OPEC. Dari segi data, inventori petrol dan penyulingan telah meningkat minggu lalu, menurut kepada kerajaan pemerintah A.S. Selain itu, Arab Saudi dan UAE dijangka akan menyelesaikan kebuntuan di mana cadangan terbaru akan melibatkan kuota output yang lebih tinggi untuk UAE. Sebaliknya, harga emas telah meningkat 0.09% kepada $ 1824.58 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penurunan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Average Earnings Index +Bonus (May) 5.60% 7.20%
14:00 GBP – Claimant Count Change (Jun) -92.6K
20:30 USD – Initial Jobless Claims 373K 360K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) 30.7 28.3

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 92.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 92.05.

 

Tahap rintangan: 92.70, 93.05

Tahap sokongan: 92.05, 91.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3890. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3750.

 

Tahap rintangan: 1.3890, 1.3990

Tahap sokongan: 1.3750, 1.3675

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1790. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1880.

 

Tahap rintangan: 1.1880, 1.1950

Tahap sokongan: 1.1790, 1.1705

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 109.75. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.45, 111.00

Tahap sokongan: 109.75, 109.30

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7485. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7415.

 

Tahap rintangan: 0.7485, 0.7545

Tahap sokongan: 0.7415, 0.7330

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7135

Tahap sokongan: 0.7005, 0.6925

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2565. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2565, 1.2640

Tahap sokongan: 1.2470, 1.2350

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9135. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9195, 0.9245

Tahap sokongan: 0.9135, 0.9090

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 72.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 71.10.

 

Tahap rintangan: 72.75, 74.60

Tahap sokongan: 71.10, 69.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1853.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish degan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1853.00.

 

Tahap rintangan: 1853.00, 1885.35

Tahap sokongan: 1813.05, 1767.55.